Monday, July 9, 2012

tembok KEMTAR

assalamualaikum..
lets picture speak :)
presiden GERAKAN MANSUH ISA

mantan presiden SMM

mangsa KUIN 5

anak muda KAMI

abby abadi turut bersama.
abby abadi sampai awal-awal pagi lagi.

pimpinan AKSI

abby abadi

motor paling style di kamunting.

Presiden KAMI, Haziq aziz

pelajar universiti madinah turut bersolidariti

saudara Hairie othman

leman raja lawak


usatazah-ustazah pilihan

sahabat UDM

isteri ustaz badrul amin, serta puterinya.

menitis air mata khalid akhirnya

inilah satu-satunya gambar aku.

ibu ini anak nya sudah ditahan selama 2 tahun.

mereka rindukan ayah mereka.

mata-mata ini memancarkan kerinduan yang tidak terhingga.

Friday, July 6, 2012

Nyah kezaliman, hapus penindasan

ke syria ke palestin kau peduli.
negara sendiri?
buat tak reti.

kau melantang
kau menentang
untuk yang diseberang
gajah depan mata?
kau biarkan?

kau sibuk berkonvoi
kau sibuk berhimpun
yang disiksa?
kau biarkan saja..

konvoi la kau dengan gembira.
himpun lah dengan jayanya.
tak terlihat kejayaan itu di mata mereka-mereka
sedang ada yang masih merintih terseksa.




waiting


this is what i feel now.
stop searching who will be my prince.
dekat kan diri pada Allah.
semoga Allah permudahkan urusanku.
bukan putus asa.
tapi perancangan Allah lebih sempurna.
itu aku pasti!
:)

Tuesday, June 5, 2012

so soon















You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon











Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
cause i know the life is not forever
                                                                                                       

Wednesday, May 2, 2012

aku sakit


Sakit ini aku simpan lama.
Melihat rakan-rakan aku dikasari.
Demi sebuah perjuangan.
                                           
Hati ini menyala lagi.
Api kesakitan ini semakin membara.
Tinggi nyalaan nya.

Sungguh.
Tiada kemaafan yang aku sediakan .
Atas setiap kezaliman.
Atas nyawa yang telah direntap.

Aku sakit.
Semakin sakit.
Mengenang nasib mereka yang berjuang.
Aku yakin.
Allah akan memberikan  kemenangan kepada para pejuang.

Monday, April 30, 2012

seorang wanita..
bermahkota ibu.. 
menggenggam erat jari-jari kecil.
ikatan kasih sayang yang tidak pernah pudar.
darah yang mengalir ini.
adalah dari tubuhmu.

seorang ibu tua.
tegak berdiri bersama lautan umat.
berjuang demi sebuah cita.
demi generasi akan datang.
seorang ibu tua menyalakan obor perjuangan.
ibu telah dikasari dan disakiti.
namun perjuangan ibu tiada henti.

ibu.
semangat mu kini meresap ketubuh-tubuh anak muda.
kekuatanmu menjadi inspirasi perjuangan.
ketabahanmu membangkitkan roh-roh yang sudah lama tidur.
air mata mu..
akan kami pastikan ia tidak mengalir lagi..
deritamu...
akan kami pastikan ia tidak lagi kembali..

wahai ibu.
rela kami meneruskan perjuangan mu.
iringi kami dengan doamu.
restuilah setiap derap langkah kami.
suatu hari nanti kemenangan itu pasti.




Thursday, April 26, 2012

laungan BERSIH

semboyan telah berbunyi
beduk telah bergempita
laungan perjuangan telah dilaungkan
jalanan menjadi laluan.

ayuh para pejuang
kita bina rantaian ukhuwah
berpaksikan perjuangan keadilan
bersaksikan ribuan umat
kita tentang kerakusan si zalim.

air mata rakyat yang telah mengalir berkurun lama
akan menjadi penyuntik semangat
slogan-slogan kini hanya menjadi janji basi
para penabur dan politisi

suara keramat marhaen akan berpadu
bergema di setiap lorong-lorong kota
memecah kesunyian desa-desa
yakinlah
kuasa rakyat pasti akan mengatasi segala.




Thursday, April 12, 2012

menjaga kepentingan

aku. 
kamu.
kita semua.
politician.
masing-masing ada kepentingan.
kita hidup di dunia ini pun mempunyai kepentingan.
aku juga mahu menamatkan pelajaran.
aku juga punya impian umtuk menggenggam segulung ijazah.
aku juga punya impian untuk menghadiakan kejayaan kepada ibu bapaku.
siapa tidak punya impian?
tapi aku jelas.
mereka juga punya impian.
mereka tidak meminta wang berjuta-juta.
mereka tidak meminta kereta mewah hatta rumah kondo besar di Singapura.
mereka punya impian yang aku perlu kongsi bersama.
PENDIDIKAN.
mereka mahukan ilmu untuk mengubah hidup mereka.
setidak-tidaknya aku, kau. sudah melangkah setapak.
walaupun masih jauh lagi untuk mendaki tangga kejayaan itu.
tapi mereka?
dimanakah empati kita terhadap mereka?
bergenang air mata anak kecil itu apabila melihat rakan-rakan berbaju sekolah.
bergenang mata seorang ayah sambil duduk di tepi tingkap.
mengenangkan tidak mampu untuk menampung pelajaran anak nya.
mencurah air mata ibu apabila si anak terpaksa bekerja membantu menampung ekonomi keluarga.
sedang si anak dahagakan ilmu dan pendidikan.
di mana empati kita?
menjaga kepentingan sendiri sedang matinya kita diusung oleh manusia lain.
tanah yang bakal jadi rumah tetap kita di gali oleh seorang tukang gali.
jadi?
siapakah kita jika hidup hanya untuk kepentingan diri sahaja.
menegakkan keadilan memang memerlukan segunung pengorbanan.
ibarat melaburkan sebuah masa hadapan.
tapi?
keyakinan aku pasti.
rezeki aku bukan ditangan si korupsi. si zalim. 
ALLAH jua lah yang menentukan rezeki untuk semua umat-NYA.