Saturday, September 10, 2011

sejarah

assalamualaikum.
haha.
ini isu masih hangat.
sejarah yang telah dieksploitasi.
aku terasa sia-sia aku belajar sejarah.
aku rasa bodoh dapat a sejarah menipu.
aku rasa bodoh belajar undang-undang.
aku rasa bodoh belajar undang-undang penjajah.
tapi aku nak final.
kena tanam rasa pandai.
aku masih berpegang kepada prinsip prof. aziz bari.
tidak kisahla undang-undang apa pun,
tapi 
kalau kita laksanakan cara islam,
maka islam la dia.
tapi pemimpin kita kan.
h.a.m.p.e.h.
tak akan nak mengaplikasikan hudud yang akan memakan diri sendiri.
lihat kredibiliti pemimpin di jepun.
lihat ketegasan undang-undang china.
china komunis pun bagus.
aku ni tidak la secerdik profesor2 kangkung yang suka mengankung .
tapi
aku ni. pelajar.aku rakyat malaysia.aku cintakan tanah aku dilahirkan.
sekarang ni bukan isu siapa penjuang siapa pencacai.
sekarang yang rakyat nak tahu.
ceritakan lah sejarah sebenar.
maaf lah aku anak muda lantang.kerana
aku sayangkan negara aku.
cikgu-cikgu halalkan lah ilmu.
tapi kalau cikgu tahu kebenaran tapi masih ceritakan perkara salah.
cikgu, 
macam mana cikgu hukum tu.
bukan nak salah kan cikgu.tidak.tanpa cikgu tiada aku.
tapi mesejnya disini.
mari sama-sama kita tumbangkan tembok rapuh umno.
supaya cikgu2 tidak perlu menanggung dosa-dosa
menyampaikan perkara fitnah..
hai dunia.
apalah yang dikejar di atas dunia.

inilah perpaduan

assalamualaikum.
final sudah hampir.
tapi aku still curi masa untuk membaca untuk mengetahui isu semasa di dalam dan luar negara.
maaf la ummi.
bukan tak fokus ke final.
tpai jiwa ni terlalu cintakan politik dan negara.
nak cedok sikit2 je cerita.

aku tau terbaru ni kerajaan dah mula alih isu.
untuk tutup isu bersih dan spr.
aku baru habis baca blog pencacai semalaysia
memang best.
dan paling tertarik post yang menceritakan detik2 bersih.
aku tahu aku ketinggalan.
tapi aku masih mahu memegang title pejuang demokrasi.
even cuma boleh dari hati.
kerana amanah seorang pelajar yang perlu dilunaskan terlebih dahulu.

aku bangga malaysia empunya sasterawan 
seperti a.samad said.
berdemonstrasi cuma memakai selipar.
wahai mata-mata negara..
adakah pak samad mahu melakukan keganasan?
melalui pemaikaian nya, kita dah tahu.
tidak sama sekali.
walaubagaimana kamu mahu menutup mata rakyat.
kamu gagal!

perjuangan mereka tidak berlatarkan 1malaysia.
tidak memerlukan wang poket dari ambiga.
mereka pergi kerana demokrasi.
ye.
mereka pejuang demokrasi.
tahniah juga kepada bonda aku.
mewakilkan aku ke perhimpunan bersih yang lepas.
tak rugi mengasah stamina hari2..
bonda yang dah berusia 48tahun masih gah.
walau diserang oleh tali barut kerajaan yang tiada perikemanusiaan di hati mereka.

walaupun bersih 2.0 sudah berlalu.
namun. natijahnya.
melalui perhimpunan bersih 2.0
jelas lah. masyarakat malaysia tidak memerlukan 1malaysia
untuk mengimarah kan perpaduan.
dan kepada yang gentar dengan amaran kerajaan.
kalau semua penjawat awam keluar.
tak logik la kerajaan nak buang semua penjawat awam.
siapalah kerajaan tanpa rakyat.
kalau kerajaan nak buang semua penjawat awam.
kita wujudkan negara kapitalist pulak.
hahaha.
sekian.

Tuesday, August 23, 2011

cinta

assalamualaikum.
aku bukan nak cuma menghangatkan apa yang dah hangat semalam
atau menghangit kan lagi apa yang nak hangit semalam.
cuma aku sendiri masih rasa trauma dan takut dengan cerita tu.
untuk menyalahkan adik itu 100% tidak boleh juga
kita tidak berada di tempat dia
dan kita tidak boleh menjadi hakim dikedai2 kopi untuk lancang membuat keputusan terhadap dia.
cuma yang dapat aku simpulkan,
itulah magisnya cinta.
tapi malangnya bukan cinta Allah diletakkan setingginya.
kerana seorang hawa dua adam bercakaran.
________________________
jangan mengulangi peristiwa habil dan qabil.
kerana cinta juga
2 saudara ka
kandung saling membunuh.
______________________________

Allah menganugerahkan cinta dalam keadaan yang cukup sempurna.
dan
sempurna nya cinta jika berpaksikan cinta kepada Allah.
bukan senang mahu barada dalam raudhatul muhibbin.

cinta yang sebenar nya adalah yang mendorong kita
dan menaikkan semangat kita untuk
berjihad di jalan ALLAH.
yang memberikan kita merasakan pengertian hidup.
dan jika sebaliknya tiada lah istilah cinta dan nafsu semata.

______________________________

Kata Ibnu Qayyim dalam Karya Radhatul Muhibbin menyatakan :

"Cinta itu mensucikan akal, menghilangkan kekhuatiran, 
memunculkan keberanian, mendorong berpenampilan rapi, membangkitkan selera makan,
menjaga akhlak mulia, membangkitkan semangat, 
mengenakan wewangian, memperhatikan pergaulan yang baik,
 serta menjaga adab dan kepribadian. 
Tapi cinta juga merupakan ujian bagi
 orang-orang yang soleh dan cubaan bagi ahli ibadah."

___________________________________________

aku tidak layak untuk mentafsirkan dan memberi penghuraian tentang ini.
sekadar meluahkan pendapat.
jika cinta diletakkan di aras utama.
sehingga melupakan
tanggungjawab sebagai anak, pelajar, muslim.
dimana kita sebenarnya.?
fikir2kan.

Sunday, August 21, 2011

why and why...


assalamualaikum.
ada 1 cerita.nak bagitahu.
masa ni aku teman datin zarina aka mak andak kesayangan aku.
katanya nak shopping langsir untuk rumah baru.
so. aku pun teman la mak andak..
mak andak ni pulak yang special kalau shopping dengan dia.
dah pusing 1 kl pun..hiayaaaa..
habuk pun tara..
kami dah masuk 3 KAMDAR, dan kedai2 sewaktu dengannya.
nak beli langsir.tapi dia cakap tak berkenan.
haha..
aku dah naik fenin..
:)
then, dah zuhur.kami bergerak ke masjid india untuk solat..
insiden ni berlaku kat sini la..
dekat tempat perempuan..
masa kitorang sampai aku pun dengan selamber badak nya letak kasut aku kat tangga
bukan kat tempat kasut 
* bukan aku tak concern tapi sebab aku nampak ramai letak situ.*
dan aku tak perasan ada signboard or papan tanda.
mula2 ok je.aku duduk kat tangga dengan sepupu, ali imran.
sambil makan2 waffle dengan rasa tak bersalah.
tiba2...
ada makcik ni..
datang2 terus membebel.dengan suara yang KUAT + NYARING.
dia marah orang yang tak letak kasut kat rak.
OMG!OMG!OMG!
aku la antara insan istimewa tu.then mati la aku nak turun bawah nak ambil kasut aku.
sebab mak cik tu mengamuk sakan.sambil tak fikir orang tengah solat kat atas..
dia membebel dan aku lupa nak rakam 
tahap kelantangan dan kelancangan mulut mak cik ni..
aku mula la nak buat muka annoying kat atas tangga..
bukan aku tak respect mak cik tu.
tapi dia sendiri tak respect orang sembahyang.
dah dekat 10 minit dia membebel.tiba2 ada perkara lebih teruk mak cik tu buat.
ada seorang hamba Allah ni free hair.
dengan niat yang suci murni masuk kat masjid untuk solat.
tiba2 masa minah ni nak bukak kasut dan letak kat rak.
mak cik ni jerkah dia.
ayat dia lebih kurang macam ni
" adik, ni kenapa masuk masjid tak pakai tudung. mana boleh masuk masjid tak pakai tudung,
lain kali kena la tahu peraturan masjid, nak sembahyang kena la pakai tudung
and dia start balik enjin dia..bla.bla and bla"
 tak lama lepas tu aku tengok minah tu dengan muka bengang keluar dari situ.
aku rasa nak sound je mak cik tu.
tapi fikirkan aku ni muda lagi dan ada mata lain yang memandang.
aku bantutkan niat aku.
tapi kalau aku pergi lagi mak cik tu kerja lagi. aku nak sound betul2.
bukan aku tak menghormati dan nak bersikap kurang ajar.

1. mak cik tu dibayar untuk bekerja dan jaga kawasan tu.
dan itu bukan alasan dia nak marah tetamu Allah macam tu sahaja.
orang ke situ untuk solat dan dia memarahi orang solat.
dah kerja engkau buat je la..
memang ada papan tanda larangan untuk letak kasut.
tapi tersorok dan aku rasa tak ramai yang perasan papan tanda tu.

2. mak cik tu cakap dia keluar makan kejap je.
balik1 tengok kasut bersepah.
tapi aku rasa masa tu dah lewat untuk makan.
maksudnya aku rasa diluar waktu rehat dia pergi makan.

3. mak cik tu lah no 1 tak hormat masjid.
suara dia boleh didengari sampai atas.
apa persepsi orang luar yang lalu lalang kat situ.
dan apa persepsi pelancong bila tengok keadaan macam tu,
orang datang untuk solat.
ada yang mungkin pertama kali menjejakkan kaki ke situ.
dan tidak biasa dengan peraturan tu.
nak solat, tapi last2 kena maki dengan mak cik bertuah tu.

4. yang paling aku tak boleh terima.
memang la salah kalau tidak bertudung.tetapi siapa kita untuk menghalang orang menunaikan kewajipan?
akak tu ke situ untuk solat.
memang pakai tudung wajib. 
tapi mak cik kena tahu.
solat tiang agama.
bayang kan akak tadi tak dibenarkan masuk masjid.
dibuatnya dia terus tak solat sampai ke rumah sebab malu kena halau dan marah depan orang.
dah berdosa mak cik tu..
dan mak cik tak relevan peraturan masjid tak bagi orang yang tak pakai tudung 
memasuki kawasan masjid.

5. mak cik tu menggunakan alasan.
itu peraturan masjid.
nanti orang atasan marah dia.
mak cik.
kuasa Allah lagi hebat.

dan aku rasa hari tu paling teruk.
seorang muslim menghalang saudaranya menunaikan kewajipan.
sekian.

Friday, August 19, 2011

hari yang pasti.

sedar tak sedar.
aku dah hampir tiba ke penghujung semester.
semester terakhir aku dalam 
asasi undang-undang.
insya-Allah.
tak sabar rasanya nak sambung degree next year.
even aku masih dalam dilema.
kos apa yang aku nak ambil.
the first thing of course la muet aku masih tak lepas-lepas lagi.
if i dont get band 4 this time.
goodbye to law la jawabnya.
i have my second choices 
but
i will try my best to stay in this course.
law and politics is my soul.
pilihan lain aku ialah :)
sains politik
sains kemanusiaan.
human resources.
masing di universiti yang berbeza.
basically.
aku dah selesa dengan sistem pembelajaran UiTM.
full english and aku dah selesa dengan cara itu.
tapi dari 1 sudut
aku dahagakan persaingan dengan bangsa lain.
persaingan masih wujud di sini.
dan sengit.
tetapi jika kita berada dalam bangsa kita je.
pemikiran kita terhad.
untuk orang macam aku especially nya la.
because dekat rumah confirm2 tempat aku kat bilik je.
aku tak akan bergaul dengan masyarakat sangat.
sebab aku tak selesa dengan persekitaran kediaman aku tu.
dan aku bukan selalu berada kat sana.
untuk mengubah mentaliti masyarakat di sana dan mencadangkan
1 pendapat hingusan aku.
aku lagi suka duduk di kawasan rumah lama aku.
di gombak.
ada perpustakaan untuk dikunjung bila bosan.
ada gotong-royong setiap bulan supaya ukhwah sesama jiran terjalin.
dan paling penting
ada markas pas taman melewar tempat aku suka pergi masa kecik-kecik dulu 
:)
ok, back to the topic.
apa pun aku cuma ada kurang sebulan jika tolak tidur dan perkara remeh
untuk aku sampai ke final.
aiman!! jgn malas2 please.
i hope i will pass my foundation with flying colour!!!
degree wait for me.
* tak boleh ckp uitm lagi sbb muet tak lepas lagi*
hehe.
wassalam..


Saturday, August 6, 2011

uhibbuki fillah :)




BFF forever.
insya-allah.

saje2

saja2. :)


hati seorang ibu

hati seorang ibu, 
semasa kecil anak ku, 
kau menangis meronta-ronta kelaparan,
di tengah khalayak,
tangisan semakin nyaring kedengaran,
wahai anak,
di tengah khalayak, 
tidak apalah.
ibu campak kan malu ,
menyusukan anak ku.
supaya anak tidak lagi kelaparan

hati seorang ibu,
anak.
kau mahu kesekolah,
ibu mahu kau memiliki serba baru, 
namun tidak ibu mampu,.
kau menangis apabila kehendak tidak dipenuhi.
senyap ibu menangis.
ibu janji,
akan membelikan untuk anak.

segala keinginan ibu penuhi,
untuk anak yang dicintai.
anak tanya dirimu.
apa bakti mu untuk ibu.
tidak ibu pinta segunug emas dan mutiara.
juga bukan ibu damba selautan kemewahan.
jadi lah insan beriman dan berilmu.
yang membantu ibu meniti sirat.
kerana.
kau anak ibu
amanah ibu.