Tuesday, January 31, 2012

terima kasih besties :)

aku rindu dekat korang.
 fasya, thank you.

kerana memberi nafas baru berbau colgate halal,
untuk blog aku,
haha..
tapi aku tak banyak masa untuk menulis.
maklumah sejak berkeluarga ni.
kah kah kah.

wai,yus. miss u all damn2 much.
:'(




1112

biarpun perisitiwa ini sudah lama berlalu,
tapi peristiwa tu sentiasa bermain di minda aku,
malam 31,
aku dan kawan-kawan lain,
ibarat pelarian,dikejar, diekori,
sehinggakan selepas solat disoal siasat,
apakah tiada lagi ruang demokrasi  bernafas untuk rakyat macam aku.
yang mahukan keadilan.
oh, malam tu bersama kami,
seorang sahabat..
rupanya dah jadi wanted kawasan itu.
tak hairanlah kami dikejar.

mujur ada yang memberi kerjasama.
terima kasih kalian, memberi perlindungan.
sampai sekarang, masih berlegar-legar soalan khalid.
"deqman, dah sedia mental dan fizikal"
selepas kutempuhi semua.
baru aku faham.
dan detik itu telah mencuci pemikiran aku.
aku tak perlu takut kepada si zalim,
tidak!
malam itu,
kak mastura.. suaminya dibelasah sang zalim,
sehingga rebah dihadapan mata,
aku berteriak melepaskan kemarahan...
air mata aku dah laju mengalir,
dalam tidak sedar, ku caci sang zalim.
namun kak mas disebelah, diam, tidak menitkkan air mata,
sepanjang detik itu, dia cuma menyebut "ALLAH"!
kusanjung ketabahan kak mas.sudah dia nekad.tidak akan tumpah air matanya demi perjuangan ini.
malam itu juga,
ramai kenalan baru, yang bersatu untuk perjuangan itu.
tidak dapat diucap dengan kata-kata,
manisnya sebuah perjuangan itu sebenarnya.
kalau dulu aku remaja yang leka dengan dunia,
sibuk mengejar dunia sampai tersimpang jauh dari landasan,
perjuangan ini mengajar aku.
ribuan nilai,yang tidak aku dapat dibilik kuliah mahupun di medan lain.

sahabat pejuang

kawan.
berdirinya kau ibarat batu besar.
tiada siapa bisa mengalihkan erat pendirian mu.
kaca jiwa mu tidak gentar dipalit.

kawan. 
mereka tidak menyangka,
sebegitu berani kau melawan si hipokrasi,
yang berlindung disebalik perjuangan kata-kata,
yang menodai segala realiti, 
terus menerus ditabur janji penuh ilusi,
mereka hamparkan selautan konspirasi.

kawan.
lantang suara mu menakutkan si munafik,
minda tajam mu menggetarkan si zalim,
kau singkap wajah-wajah kepalsuan mereka.
hingga semuanya kelihatan satu.

kawan,
tidak kau biarkan mereka menyusun langkah satria,
sedang marhaen ditindas merana.
kau tontonkan jenaka mereka,
jutaan minda kini terbuka.

kawan,
kau umpama intan baiduri,
bersinar di celahan unggunan api,
semoga kau terus berdiri, 
tekadmu akan dipuji.


        esok mentari muncul kembali,
membawa harapan dan episod baru,
hari-hari yang dilalui tanpa getir,
meneruskan sebuah titian perjalanan.
huluran tangan disambut.,
para pejuang yang utuh hati nya,
menyingsing lengan bersama mara,
mendaki tangga-tangga perjuangan
mereka itu tidak pernah lelah menegakkan kebenaran,
diherdik namun dipekakkan saja,
dicaci langsung tidak dipeduli,
sinaran harta sudah dilenyapkan
berpaksikan kebenaran ditekadkan hati,
segala kezaliman harus dicantas,
adakala nyawa menjadi rebutan,
ribuan musuh rancak mengepung,
ranjau berduri sudah terhampar,
namun jiwa itu tidak pernah lari dari perjuangan.

Thursday, January 12, 2012

the best.

alhamdulillah.
apa jua keputusan nya . aku terima. tapi!
angka tiga selalu memberikan impak yang bersinar !
aku cuba dan cuba gapai angka 4 itu.
tapi Allah memberikan aku tiga.
dengan angka tiga, 
aku melangkah ke tingkatan 4,bertemu sahabat yang aku senang.
dengan angka 3 jua,
aku melangkah ke menara gading.
merasai nikmat menjadi pelajar undang-undang 
dan kali ini dengan angka tiga.
aku yakin Allah telah merancang sesuatu yang lebih bernilai untuk perjuangan ku.

Friday, December 23, 2011

price

its a long long time.
berhenti menulis..
bermacam-macam perkara berlaku.
and i had made a big decision in my life.
i made a decision to be 'somebody'
BERJUANG.
i never ask for money, 
i never ask for power,
malah , 
aku dan rakan-rakan lain.
menggadaikan segala kederat kami.
hanya untuk menggapai
 "freedom and justice".

Saturday, October 22, 2011

political science

assalamualaikum

:) lama tak menulis. (:
my life become busy and i try to fix my time to write something
even *nobody cares*
muahahaha..
copy paste maria elena punya style.
ok btw..
i finished my foundation  for my sem 3.
i hope i can pass my part 3 with flying colours.
ok this is it.
i put so much effort to pass my foundation.
but i still dont feel like i can pass it.
and for this time being.
i struggle my muet.
also still got band 3.
and because i am worst in making decision
i still cannot make any decision,
 i reallly want to proceed in bls,
thats my dream but how if its not te best for me.

* Allah know which is better for me*
so saya menadah tangan berdoa supaya ditetapkan hati.
saya sebulat suara will fight for political science :)
insya-allah

Saturday, September 10, 2011

sejarah

assalamualaikum.
haha.
ini isu masih hangat.
sejarah yang telah dieksploitasi.
aku terasa sia-sia aku belajar sejarah.
aku rasa bodoh dapat a sejarah menipu.
aku rasa bodoh belajar undang-undang.
aku rasa bodoh belajar undang-undang penjajah.
tapi aku nak final.
kena tanam rasa pandai.
aku masih berpegang kepada prinsip prof. aziz bari.
tidak kisahla undang-undang apa pun,
tapi 
kalau kita laksanakan cara islam,
maka islam la dia.
tapi pemimpin kita kan.
h.a.m.p.e.h.
tak akan nak mengaplikasikan hudud yang akan memakan diri sendiri.
lihat kredibiliti pemimpin di jepun.
lihat ketegasan undang-undang china.
china komunis pun bagus.
aku ni tidak la secerdik profesor2 kangkung yang suka mengankung .
tapi
aku ni. pelajar.aku rakyat malaysia.aku cintakan tanah aku dilahirkan.
sekarang ni bukan isu siapa penjuang siapa pencacai.
sekarang yang rakyat nak tahu.
ceritakan lah sejarah sebenar.
maaf lah aku anak muda lantang.kerana
aku sayangkan negara aku.
cikgu-cikgu halalkan lah ilmu.
tapi kalau cikgu tahu kebenaran tapi masih ceritakan perkara salah.
cikgu, 
macam mana cikgu hukum tu.
bukan nak salah kan cikgu.tidak.tanpa cikgu tiada aku.
tapi mesejnya disini.
mari sama-sama kita tumbangkan tembok rapuh umno.
supaya cikgu2 tidak perlu menanggung dosa-dosa
menyampaikan perkara fitnah..
hai dunia.
apalah yang dikejar di atas dunia.