gamabr hiasan :) |
bila berjauhan -
kata ummi :-
*ummi tak selera makan sebab tak tau apa kau makan kat sana.
jadi ummi banyak berpuasa dan makan simple-simple je.
* ummi tak boleh tidur kadang-kadang sebab fikir kau tak tidur kat sana.
* ummi jogging sorang-sorang dan teringat kau.
kalau kau ada boleh main badminton or teman ummi jogging.
*ummi call kau pagi-pagi
takut kau terlajak subuh sebab kalau kat rumah kau tu kena digerak.
*ummi tak ada duit banyak ni.
ummi tolong kau bayar brodband.
ummi bagi kau seratus.lagi 50 buat la belanja.
jimat-jimat la ye.kalau tak cukup ummi tak tau nak buat macam mana.
ummi pun ada cukup2 je.lepas duit sewa dan bil2 sume ok la.
tapi aku?
* duduk kedah makan sedap hari2.
ayam.ikan keli.
biskut dan makanan ringan tak lepas time revision.
*lepas kelas siang ada gap.tidur je la keje aku.
malam pulak berjaga.
*hari-hari aku jalan dan bergelak ketawa dengan kawan-kawan aku.
aku tak rasa sunyi pun.
kawan-kawan ada.
*bangun subuh.
tapi kadang-kadang subuh gajah juga.
aku lupa doa awal pagi ni berkat.
sepatutnya aku kena jaga solat subuh supaya boleh doakan kesejahteraan ummi
dan supaya ayah selamat di-SANA.
* duit elaun , opah bagi, mak long bagi, mak uda bagi.
semua aku guna sendiri.
aku kena jimat sepatutnya.
jangan bebankan ummi.
*kat rumah selagi tak aku tak tidur ummi akan panggil.
kata ummi.
selagi kau tak kahwin tidur la dengan ummi.
ummi sorang-sorang je,
BAIKLAH UMMI.
AI AI CIP.
aiman bukan anak yang sempurna.
tapi aiman akan berusaha untuk bagi ummi yang terbaik .
ini bukan janji
tapi dengan izin ALLAH.
insya-allah.
terima kasih ummi kerana ummi berkorban untuk anak ummi.
kadang-kadang ummi menangis dengan sikap aiman.
aiman memang banyak buat ummi menangis dulu.
tapi aiman dah dewasa sekarang.
terima kasih kerana tidak jemu menasihati aiman
i love u mom.
..aiman feeling je...
No comments:
Post a Comment