Tuesday, January 31, 2012

terima kasih besties :)

aku rindu dekat korang.
 fasya, thank you.

kerana memberi nafas baru berbau colgate halal,
untuk blog aku,
haha..
tapi aku tak banyak masa untuk menulis.
maklumah sejak berkeluarga ni.
kah kah kah.

wai,yus. miss u all damn2 much.
:'(




1112

biarpun perisitiwa ini sudah lama berlalu,
tapi peristiwa tu sentiasa bermain di minda aku,
malam 31,
aku dan kawan-kawan lain,
ibarat pelarian,dikejar, diekori,
sehinggakan selepas solat disoal siasat,
apakah tiada lagi ruang demokrasi  bernafas untuk rakyat macam aku.
yang mahukan keadilan.
oh, malam tu bersama kami,
seorang sahabat..
rupanya dah jadi wanted kawasan itu.
tak hairanlah kami dikejar.

mujur ada yang memberi kerjasama.
terima kasih kalian, memberi perlindungan.
sampai sekarang, masih berlegar-legar soalan khalid.
"deqman, dah sedia mental dan fizikal"
selepas kutempuhi semua.
baru aku faham.
dan detik itu telah mencuci pemikiran aku.
aku tak perlu takut kepada si zalim,
tidak!
malam itu,
kak mastura.. suaminya dibelasah sang zalim,
sehingga rebah dihadapan mata,
aku berteriak melepaskan kemarahan...
air mata aku dah laju mengalir,
dalam tidak sedar, ku caci sang zalim.
namun kak mas disebelah, diam, tidak menitkkan air mata,
sepanjang detik itu, dia cuma menyebut "ALLAH"!
kusanjung ketabahan kak mas.sudah dia nekad.tidak akan tumpah air matanya demi perjuangan ini.
malam itu juga,
ramai kenalan baru, yang bersatu untuk perjuangan itu.
tidak dapat diucap dengan kata-kata,
manisnya sebuah perjuangan itu sebenarnya.
kalau dulu aku remaja yang leka dengan dunia,
sibuk mengejar dunia sampai tersimpang jauh dari landasan,
perjuangan ini mengajar aku.
ribuan nilai,yang tidak aku dapat dibilik kuliah mahupun di medan lain.

sahabat pejuang

kawan.
berdirinya kau ibarat batu besar.
tiada siapa bisa mengalihkan erat pendirian mu.
kaca jiwa mu tidak gentar dipalit.

kawan. 
mereka tidak menyangka,
sebegitu berani kau melawan si hipokrasi,
yang berlindung disebalik perjuangan kata-kata,
yang menodai segala realiti, 
terus menerus ditabur janji penuh ilusi,
mereka hamparkan selautan konspirasi.

kawan.
lantang suara mu menakutkan si munafik,
minda tajam mu menggetarkan si zalim,
kau singkap wajah-wajah kepalsuan mereka.
hingga semuanya kelihatan satu.

kawan,
tidak kau biarkan mereka menyusun langkah satria,
sedang marhaen ditindas merana.
kau tontonkan jenaka mereka,
jutaan minda kini terbuka.

kawan,
kau umpama intan baiduri,
bersinar di celahan unggunan api,
semoga kau terus berdiri, 
tekadmu akan dipuji.


        esok mentari muncul kembali,
membawa harapan dan episod baru,
hari-hari yang dilalui tanpa getir,
meneruskan sebuah titian perjalanan.
huluran tangan disambut.,
para pejuang yang utuh hati nya,
menyingsing lengan bersama mara,
mendaki tangga-tangga perjuangan
mereka itu tidak pernah lelah menegakkan kebenaran,
diherdik namun dipekakkan saja,
dicaci langsung tidak dipeduli,
sinaran harta sudah dilenyapkan
berpaksikan kebenaran ditekadkan hati,
segala kezaliman harus dicantas,
adakala nyawa menjadi rebutan,
ribuan musuh rancak mengepung,
ranjau berduri sudah terhampar,
namun jiwa itu tidak pernah lari dari perjuangan.

Thursday, January 12, 2012

the best.

alhamdulillah.
apa jua keputusan nya . aku terima. tapi!
angka tiga selalu memberikan impak yang bersinar !
aku cuba dan cuba gapai angka 4 itu.
tapi Allah memberikan aku tiga.
dengan angka tiga, 
aku melangkah ke tingkatan 4,bertemu sahabat yang aku senang.
dengan angka 3 jua,
aku melangkah ke menara gading.
merasai nikmat menjadi pelajar undang-undang 
dan kali ini dengan angka tiga.
aku yakin Allah telah merancang sesuatu yang lebih bernilai untuk perjuangan ku.