Monday, April 30, 2012

seorang wanita..
bermahkota ibu.. 
menggenggam erat jari-jari kecil.
ikatan kasih sayang yang tidak pernah pudar.
darah yang mengalir ini.
adalah dari tubuhmu.

seorang ibu tua.
tegak berdiri bersama lautan umat.
berjuang demi sebuah cita.
demi generasi akan datang.
seorang ibu tua menyalakan obor perjuangan.
ibu telah dikasari dan disakiti.
namun perjuangan ibu tiada henti.

ibu.
semangat mu kini meresap ketubuh-tubuh anak muda.
kekuatanmu menjadi inspirasi perjuangan.
ketabahanmu membangkitkan roh-roh yang sudah lama tidur.
air mata mu..
akan kami pastikan ia tidak mengalir lagi..
deritamu...
akan kami pastikan ia tidak lagi kembali..

wahai ibu.
rela kami meneruskan perjuangan mu.
iringi kami dengan doamu.
restuilah setiap derap langkah kami.
suatu hari nanti kemenangan itu pasti.




Thursday, April 26, 2012

laungan BERSIH

semboyan telah berbunyi
beduk telah bergempita
laungan perjuangan telah dilaungkan
jalanan menjadi laluan.

ayuh para pejuang
kita bina rantaian ukhuwah
berpaksikan perjuangan keadilan
bersaksikan ribuan umat
kita tentang kerakusan si zalim.

air mata rakyat yang telah mengalir berkurun lama
akan menjadi penyuntik semangat
slogan-slogan kini hanya menjadi janji basi
para penabur dan politisi

suara keramat marhaen akan berpadu
bergema di setiap lorong-lorong kota
memecah kesunyian desa-desa
yakinlah
kuasa rakyat pasti akan mengatasi segala.




Thursday, April 12, 2012

menjaga kepentingan

aku. 
kamu.
kita semua.
politician.
masing-masing ada kepentingan.
kita hidup di dunia ini pun mempunyai kepentingan.
aku juga mahu menamatkan pelajaran.
aku juga punya impian umtuk menggenggam segulung ijazah.
aku juga punya impian untuk menghadiakan kejayaan kepada ibu bapaku.
siapa tidak punya impian?
tapi aku jelas.
mereka juga punya impian.
mereka tidak meminta wang berjuta-juta.
mereka tidak meminta kereta mewah hatta rumah kondo besar di Singapura.
mereka punya impian yang aku perlu kongsi bersama.
PENDIDIKAN.
mereka mahukan ilmu untuk mengubah hidup mereka.
setidak-tidaknya aku, kau. sudah melangkah setapak.
walaupun masih jauh lagi untuk mendaki tangga kejayaan itu.
tapi mereka?
dimanakah empati kita terhadap mereka?
bergenang air mata anak kecil itu apabila melihat rakan-rakan berbaju sekolah.
bergenang mata seorang ayah sambil duduk di tepi tingkap.
mengenangkan tidak mampu untuk menampung pelajaran anak nya.
mencurah air mata ibu apabila si anak terpaksa bekerja membantu menampung ekonomi keluarga.
sedang si anak dahagakan ilmu dan pendidikan.
di mana empati kita?
menjaga kepentingan sendiri sedang matinya kita diusung oleh manusia lain.
tanah yang bakal jadi rumah tetap kita di gali oleh seorang tukang gali.
jadi?
siapakah kita jika hidup hanya untuk kepentingan diri sahaja.
menegakkan keadilan memang memerlukan segunung pengorbanan.
ibarat melaburkan sebuah masa hadapan.
tapi?
keyakinan aku pasti.
rezeki aku bukan ditangan si korupsi. si zalim. 
ALLAH jua lah yang menentukan rezeki untuk semua umat-NYA.

Saturday, April 7, 2012

atas nama CINTA.

atas nama cinta perjuangan kini dua hati menjadi satu.
cinta yang berputik di medan perjuangan.
berakhir ke jinjang pelamin.
aku mengharapkan episod cinta begitu.
paling tidak,
sekurang-kurangnya aku berdoa.
aku berharap agar cintaku akan mengukuhkan lagi.
cinta ku kepada-NYA.
cinta ku kepada makhluk
dan
semangat aku untuk terus melewati landasan ini.
perkahwinan merupakan satu ikatan membina kekuatan.
kekuatan perkahwinan dikukuhkan dengan kelahiran zuriat.
tiada perkahwinan yang sentiasa cerah tanpa di duga.
tetapi terpulang kepada si nahkoda untuk melayar bahtera.
untuk menjadi seorang tongkat kepada seorang adam.
bersediakah aku?