Tuesday, May 31, 2011

dewasa kini.

assalamualaikum.
bermula kehidupan sebagai pelajar semula.
akhirnya blog aku start sunyi.
swear .aku sunyi tanpa blog jugak :) .
lagi sunyi tanpa dia.
tapi nak buat macam mana.
dia ada alasan tersendiri dan aku masih disini menanti :)
terima kasih kepada kehidupan kerana mengajar aku kedewasaan dan kesabaran ini.

untuk yang menarik nya.
aku ada 2 junior dalam bilik ni.
bersabar dan menjadi dewasa supaya menjadi tauladan kepada adik ni.
so far so good.
aku cuba create aktiviti bersama mereka.
malam tadi kami dinner sama-sama.
cuma sorang tu tak mau pergi.segan katanya.
khamis nanti kami akan mandi manda di the karnival.
boleh lah habis kan masa dengan mereka.
maklumlah 1 sem je kami bersama.aku nak jadi kakak yang disayangi.
ceewah.
insya-allah :)

aku memegang prinsip 
:: bertolak ansur
:: sabar
:: memahami
:: sentiasa sedia menjadi teman mereka.

maklum la anak tunggal.tapi aku tak kekok beradik.
:)
aku pun malas nak update selalu.
ada orang tu selalu busy.
jarang ada masa nak baca blog aku dah :)

ok la.
semoga kami bahagia di M1-01-**



Friday, May 27, 2011

responsibility.

semester 3 hampir bermula.
beban tentang itu dan ini semakin menjadi bayangan.
mampukah aku pikul tanggungjawab ini.
untuk mendapat yang terbaik untuk menjadi yang terbaik.
dengar sini wahai 
NURUL AIMAN BT. MOHD ZAINAL ISA.

kau tu bukannya genius ye.
oleh itu,
:: berhenti mengonline untuk mebuang masa.
:: kurang kan bercakap 0.
:: fokus la kepada study kamu.
:: capai matlamat kau.

gambar ni diambil dari blog atas :)



Wednesday, May 25, 2011

apa kau tahu?


salam.
sometimes when i sit alone.
bila pergi pantai layan jiwa.
i ask myself.
what is actually your future plan?
you still want to proceed law.?
but u still need to pass your MUET.
or 
u have other choices.?
bila dah jadi macam sekarang.
aku sendiri tak yakin dengan masa depan aku.
apa aku nak jadi ni?
tak kisah la aku nak kerja apa.aku tak memilih.
tapi aku memilih 1 je.aku tak suka kerja yan terperap duduk kat office..
sebab aku tak nak menambah lemak dan aku sendiri tak tahan duduk je,
aku still dengan cita-cita pendakwaraya dan politician.
tapi masa depan.
who knows?
i try my best and let allah choose the best.

but i still believe with this.::
:::"It may happen that you hate a thing which is good for you & you love a thing which is bad for you. Allah knoweth, you 
know not. (2:216)"::::


tak semua yang kita nak kta dapat
adakalanya yang kita tak suka itu yang terbaik untuk kita.
allah maha mengetahui.

alhamdulillah

dalam sebuah kehidupan.
bukan semua perkara yang kita inginkan akan menjadi kenyataan.
kadang-kadang ia perlu dibayar dengan segunung pengorbanan.
tetapi aku yakin.
allah itu maha adil dan maha pemurah.
kadang-kadang kita terlupa.
adakah rezeki dan nikmat yang allah berikan kepada kita masih tidak mencukupi.
kadang-kadang kita hanyut dengan dunia.
kita lupa untuk mengabdikan diri kepada allah 
tapi 
kita masih lagi merasai nikmat kehidupan, kesihatan, keamanan.
kita masih lagi menumpang di bumi allah. menghirup udara allah.
tapi bila kta terhantuk,
masa tu kita menyalahkan allah..
kita menyalahkan allah.
kita menuduh allah dengan itu dan ini.
adakah kita berdoa diwaktu susah sahaja?
ibarat nya kita merasuah allah apabila kita memerlukan pertolongan allah.
tapi kita terlepas pandang.
selama ni allah dah berikan lebih dari apa kita harapkan.
cuma kita kena sentiasa menjadi insan yang bersyukur.
bersyukur la dengan apa cara.
kerana.menjadi orang yang bersyukur tidak rugi walau 1sen.
malah allah akan melimpahkan rezeki kepada hamba yang bersyukur.
amin.amin.amin.

..aiman cuba belajar besyukur..



Monday, May 23, 2011

im coming there :)


 tak lama lagi aku akan pulang ke sini.
ke tempat aku menimba ilmu.
walaupun di sini cuaca nya sangat lah
PANAS!
tapi aku happy stay kat sini.
untuk semester akhir.
insya-allah.
ya Allah  permudahkanlah urusanku.
UiTM di hatiku.
memang benar lah.
kerana di sini menjadi platform aku untuk melangkah setapak lagi kehadapan.
di sini juga aku mendapat lebih ramai sahabat.
aku menjadi diri aku.berdiri atas kaki sendiri.
susah senang berjauhan dengan keluarga.
walaupun tak ada la jauh sangat.
tapi perjalanan 5jam balik ke kl.
sakit gak badan aku.
naik train 9 jam.
kematu 1 badan aku.
haha.
minta- minta aku dapat tamatkan asasi dengan segera.
aku nak cepat sambung degree.
nak cepat kerja.
nak cepat-cepat jumpa MR.D hahaa..
itu di luar matlamat jangka panjang.
itu dalam plan peribadi
hahhaa.
ok.wish me the best.

Friday, May 20, 2011

selamat tinggal arif :)

hari ini hari terakhir aku jaga baby boy ariff.
walaupun jaga ariff sekejap je. tapi sayang la kat dia.
hari ni dia meragam.aku ambil dia dari rumah tok dia.
tok dia ada kerja.so bawa balik rumah and jaga.
sampai-sampai.dia baring-baring.
then dia membuang pulak.
ALAMAK!!!
aku dah lama tak membasuh budak ni tambah-tambah baby.
sebab kat taska dulu aku jaga 3-6 tahun je.
tapi buat je la.
haha sebab baby yang minum susu soya ni najis dalam bahasa lembutnya.
haha.
najis dia bau sangat la lain macam.
bila dah siap semua ariff lapar.bagi dia susu.
bab ni aku lemah.sangat susah kalau nak tidurkan dia.
merengek setengah jam.letih juga aku.
at last.he slept after about 15 minutes non stop cried.
hahhaa :)
aku pun terlelap la sekali sebelah dia.tapi yang tak syok nya.tidur tak sampai s
30min dah bangun.
aku yang pening kepala tidur kejap-kejap.
bila celik mata nampak bola kat sebelah.
apa lagi ligat nak main bola pula.
ariff ariff...ligat ngat aih.

ligat ngat main bola.selagi tak dapat nak jugak.

favourite games :)

kacak kan ariff?

ariff kena cepat besar baru boleh main bola.
habisla aku rindu dia lebih dari mr.D 
hhaha.
insya-allah kalau cuti aku jumpa dia lagi.

..mohd ariff syahmi..

terima kasih :)

salam.
this is my way when my heart speaks.
;)
perkenalan singkat.
tapi apa yang terbina sangat indah.
bukan kesempurnaan yang aku cari.
tapi keikhlasan yang ditonjolkan membuat aku rasa dihargai.
aku selesa dengan perkenalan ini.
mungkin di awal perkenalan aku lebih gemar bersikap dingin.
tetapi kau dah tunjukkan kesungguhan kau.
aku tidak meletakkan segunung pengharapan.
cuma hanya doa yang aku harapkan supaya dipermudahkan segala urusan.
yang lucu :
::: kau selalu bercerita.
tapi asal kau cakap je mesti aku yang menangis.

::: kau suka menguji aku.
bukan menguji cemburu.
tapi menguji aku supaya aku lebih berfikiran positif dan matang.
tapi mesti setiap kali aku akan menangis.

:::kau juga akan bertanya dan membuat andaian itu dan ini.
sampai aku rasa geram untuk dengar semua.
akhirnya. tears fall down.

::::menangis bukan kerana kau.aku menangis kerana kadang-kadang aku
kesal kurangnya ilmu aku. aku juga menangis ala..aku keras tapi hati lembut.
cuma terima kasih kerana semua kata-kata yang kau berikan.kau mengajar
aku supaya aku supaya menjadi lebih dewasa.
terima kasih atas keindahan ini.
semoga segalanya dipermudahkan.

aku ada something untuk kau.
sekadar bahan pembacaan.
sebahagian dari apa yang aku maksudkan dengan 'kebahagiaan' itu
klik blog bawah ni ook :)
satu blog








Wednesday, May 18, 2011

learn from the history.


bila kita bercakap tentang jati diri.
apa yang kita faham tentang itu.

JATI DIRI ADALAH ELEMEN YANG MENDASARI CITRA DAN IMEJ SEBUAH BANGSA.
IA MERANGKUMI - ADAT,AGAMA,BAHASA,DAN BUDAYA.

this is the thing now.
pembelajaran bahasa inggeri itu tak salah.
tapi pembelajaran bi dalam sains dan matematik itu yang bermasalah.
aku hidup dalam keluarga guru.
pelajar di bandar pun tidak semua boleh catch up what they learned.
inikan pula yang luar bandar.
tambahan lagi yang penduduk asal.
bahasa melayu pun mereka tak fasih.
memang la kita nak mengejar kemajuan.
ada saudara sentiasa berpesan. belajarlah sejarah.
ye memang benar.sejarah mengajar kita.
bagaimana pada suatu ketika dulu bahasa melayu telah menjadi  LINGUA FRANCA.
sesiapa yang datang ke negara ini mesti berbahasa melayu.
dan pada masa tu.tanah melayu menjadi pelabuhan enterpot.dikagumi pelbagai negara lain.
kerana pemimpin masa tu mengekal kan jati diri.
jati untuk menambahkan pengayaan pelajar dalam bahasa inggeris.
cari la inisiatif lain seperti menambah kan credit hour kepad asubjek bahasa inggeris.
atau menambah subjek khusus untuk mengukuhkan penguasaan pelajar 
terhadap bahasa asing.


next is agama.
jangan la isu agama nak dijadikan politik.
bila jadi apa2.menuduh pembangkang menggunakan islam sebagai politik.
memang tak semua pembangkang perfect.
at least.kita lihat ketua pemimpin mereka.
pembangkan terutama pas membawa imej islam dalam diri.
bukan islam yang di jaja.tetapi mereka mengamalkan islam dalam kehidupan.
kita lihat isteri mereka.alhamdulillah cantik bertudung.
bukan saja bertudung malah melabuhkan tudung.
bertudung bukan untuk menunjukkan bonggol atau astro di dahi.
itu lah asasnya.
bagaimana seorang pemimpin yang menasihatkan rakyat supaya bersederhana .
mulutnya berbuih-buih mengatakan islam menyeru supaya bersederhana.
tetapi dalam masa yang sama.isteri-isteri mereka berjoli di luar negara.
tetapi ada juga pemimpin kerajaan yang bagus.alhamdulillah.
dan ada juga pembangkang yang imejnya tercalar kerana tak memelihara agama.
bukan mahu menunding jari.
tapi mereka-mereka itu pemimpin 
yang perlu ada tauladan yang baik baginya.

last but not least are adat dan budaya.
masing-masing agama dan budaya ada adat masing2.
termasuklah melayu.
malah masih ada ramai orang melayu yang utuh mengamalakan adat.
jika tidak masakan mucul pepatah.
biar mati anak jangan mati adat.
haha.
ini sangat kuno.iya. memang itu adat.
tapi bagi aku.adat yang baik boleh dicontohi .tapi jangan sampai mengutamakan adat melebihi agama
kerana adat itu undang2 manusia.
agama ialah undang-undang allah.
kita perlu mengekalkan jati diri kita sebagai melayu dan juga muslim.

contoh ya : 
bersanding.kugiran ketika kenduri kahwin.tepung tawar.
and so whatever.is adat.
bukan adat melayu pun.bermulanya ialah adat kaum hindu.
yang akhirnya sehingga kini menjadi adat melayu.
malah kalau ada yang tak mengamalkan dianggap murka adat la tu.
masya-ALLAH.
kita lihat pula penyusunan islam.
kenduri itu boleh dengan niat sedekah.
tak perlu bersanding dan pengantin baru akan makan di dalam rumah bersama semua ahli keluarga.
boleh pasang muzik.tapi jangan sampai mengganggu jiran-jiran lain.
seeloknya pasang la muzik atau lagu yang elok lirik dan alunannnya
supaya sambil tetamu makan apabila mereka dengar mereka tidak lagho dan 
boleh mendoakan pasangan itu.
tiada nyanyian.atau kugiran.kerana kita lihat ye.
nyanyian dan kugiran kadang2 melawan suara azan.
kadang-kadang sampai tengha malam.
maghrib pun menyanyi.secara tak langsung.dah mengundang kemurkaan 
Allah.
biarlah orang kata perkahwinan itu sederhana.
untuk bahagia bukan keredhaan manusia yang kita cari.

contoh lainnya ialah.
tuntutan bersalam.
islam mengajar kita memuliakan ahli keluarga dengan salam dan cium tangan.
itu pun tidak termasuk ipar dan sepupu lelaki.
dan guru yang mengajar kita ilmu allah.
itu sahaja yang kita perlu salam dan cium tangan.
ini ilmu baru yang aku belajar dar seorang ustazah ahad lepas.
katanya .kawan-kawan perempuan emak.
guru-guru perempuan yang non muslim or muslim.
tak perlu cium tangan.
salam sahaja dengan mengikut adac-adab salam.dah cukup.
memang islam itu lengkap dah disitu.
tapi adat melayu pulak.mengajar kita supaya bersalam dan bercium tangan dengan yang lbih tua.
jadi di situ tak salah bagi aku.
untuk guru bukan muslim pun tak salah cium tangan bagi aku.
kerana secara tak langsung kita menunjukkan teladan muslim yang baik.
dakwah melalui tindak tanduk kita.

jadi terpulang.
untuk mengekalkan jati diri bukan 1 perkara yang mudah
tambahan dalam dunia era globalisasi.
ramai anak pasca merdeka semakin terikut dengan trend barat.
ingat lah anak muda..
wahai tunggak negara nadi bangsa.
just be ourself.
jadi diri kita.bangga dengan siapa kita,
melayu bukannya meLAYU yang mudah lupa 
seperti yang dikatakan oleh dr.mahathir.
kalau melayu itu sendiri berubah cara pemikiran dan cara bertindak.
:)
..aiman bersemangat patriotik..
:)






Tuesday, May 17, 2011

siapa kau dulunya?

gamabr hiasan :)
bila berjauhan -
kata ummi :-
*ummi tak selera makan sebab tak tau apa kau makan kat sana.
jadi ummi banyak berpuasa dan makan simple-simple je.

* ummi tak boleh tidur kadang-kadang sebab fikir kau tak tidur kat sana.

* ummi jogging sorang-sorang dan teringat kau.
kalau kau ada boleh main badminton or teman ummi jogging.

*ummi call kau pagi-pagi
takut kau terlajak subuh sebab kalau kat rumah kau tu kena digerak.

*ummi tak ada duit banyak ni.
ummi tolong kau bayar brodband.
ummi bagi kau seratus.lagi 50 buat la belanja.
jimat-jimat la ye.kalau tak cukup ummi tak tau nak buat macam  mana.
ummi pun ada cukup2 je.lepas duit sewa dan bil2 sume ok la.

tapi aku?

* duduk kedah makan sedap hari2.
ayam.ikan keli.
biskut dan makanan ringan tak lepas time revision.

*lepas kelas siang ada gap.tidur je la keje aku.
malam pulak berjaga.

*hari-hari aku jalan dan bergelak ketawa dengan kawan-kawan aku.
aku tak rasa sunyi pun.
kawan-kawan ada.

*bangun subuh.
tapi kadang-kadang subuh gajah juga.
aku lupa doa awal pagi ni berkat.
sepatutnya aku kena jaga solat subuh supaya boleh doakan kesejahteraan ummi
dan supaya ayah selamat di-SANA.

* duit elaun , opah bagi, mak long bagi, mak uda bagi.
semua aku guna sendiri.
aku kena jimat sepatutnya.
jangan bebankan ummi.

*kat rumah selagi tak aku tak tidur ummi akan panggil.
kata ummi.
selagi kau tak kahwin tidur la dengan ummi.
ummi sorang-sorang je,

BAIKLAH UMMI.
AI AI CIP.
aiman bukan anak yang sempurna.
tapi aiman akan berusaha untuk bagi ummi yang terbaik .
ini bukan janji
tapi dengan izin ALLAH.
insya-allah.
terima kasih ummi kerana ummi berkorban untuk anak ummi.
kadang-kadang ummi menangis dengan sikap aiman.
aiman memang banyak buat ummi menangis dulu.
tapi aiman dah dewasa sekarang.
terima kasih kerana tidak jemu menasihati aiman 
i love u mom.

..aiman feeling je...

Monday, May 16, 2011

sick

i woke up late.
i cannot think wisely.
i feel like whirling.
my lips turn to pale.
i got abdominal pain.
nausea. and i vomiting.
my feeling mix now.
i miss the little boy.
but i dont have energy to play with him.
...
:(
no.i must be strong.
lawan sakit.
kejap lagi arif datang.ceriakan dia.

..aiman sakit sangat...
..ummi urut kepala..

Saturday, May 14, 2011

during holiday

assalamualaikum .
mereka dan mereka.
masuk entry 1hari 1.
or 1 bulan 1.
tapi aku ni ikut dan je.
kisah habis la.
my  blog.lagipun time cuti je.nanti dah busy.
i dont have time to do this.
aku nak share aktiviti musim cuti aku.
hahaha.
tka interesting pun.
aku tak pergi jalan-jalan.
tak kerja.habis kan beras mak aku je.

ok la.stop there.
no 1 top hobby.


-MUKA BUKU-

2nd.

-YOUTUBEING-
MR.D suka la ni aku letak page adik dia.
cari lagu untuk download.

3rd.


-BEARSHARING.-
download lagu.
ada kawan-kawan baru.
kawan ke?
tah la.
aku guna bear share untuk download lagu je.

next is.

-BLOGGING.-
berblog ini hobi rutin.
tapi blog untuk aku je la.
tak bercita-cita nak jadi blogger terkenal.
seperti 
BEN ASHAARI
FATIN LIYANA.
tapi mereka awesome..!!

selain itu,


-YMING-
suka hati aku yming2.kan.
whatever la.
tp aku jarang sangat guna ym.
on just on je la.
jarang untuk berweb cam.

last but not least.

yeah ni hobi terbaru.
word search.
best 
korang cuba sekali mesti gian.
haha.
macam mat ganja dapat bunga.
hehe.


itu sahaja.
aku dah tak aktif 
berprostar,beraadk,berbasikal kat felda,jaga exhibition aadk,
sukarela itu dan ini.
bukan sebab aku retired.
tapi lebih kurang la.aku nak join lagi.
tapi aku nak rest.
mungkin cuti panjang hujung tahun ini.
rumah aku akan menjadi rumah tumpangan balik.
hehehe.
ada dirumah sebulan berapa kali.
dan 
balik rumah untuk tidur je.
bukan aku kaki rayau.
tapi mencari aktiviti sihat.

...aiman kaki merapu...





he AGAIN. :)



tengok mata dia.
punya bercahaya dapat turun taman.
duduk kat rumah merengek je.
padahal masa ni dia mengantok plus lapar.
tapi lupa semua.
ligat sangat.
tengok orang naik moto berpusing-pusing tengok.
tengok orang main bola lagi la.
kaki dia pun tendang-tendang.
another a week i need to spend time with him.
i gonna miss him like i miss R&R.


...aiman suka jadi babysitter..



aduh MALAYSIA.

pagi-pagi mencari inspirasi.
ini bala ni.bala.!!!
kalau cerita kak limah ni.
si pemandu ambulans dah merungut-rungut kepada wanita-wanita di KL.
di mana kah polis-polis MALAYSIA.
yang dikatakan cekap membanteras penjenayah.
bukan mahu menunding jari tetapi kes video seks ditayang kan hari-hari.
sampai naik jelik la masyarakat.
membuktikan betapa cekap polis membuktikan DSAI bersalah.
kalau tangkap mereka yang menyuarakan hak.yes 
NO1.
ITULAH POLIS MALAYSIA.
CEKAP.
tapi dalam kes penyimbahan asid ni.
di mana taring polis.
the problem is more then 20 womens were attacked by the loser.
i repeat.
20 WOMENSSSSS.!!
dimana lagi kebebasan kami untuk bebas.
samapi budak sekolah pun jadi mangsa.
masya-allah.
sampai wanita-wanita.
nak ke kerja takut.
nak bukak tingkap kereta takut.
sampai yang ada anak kecil pun kena.
apa dosa mereka.?
ya ALLAH..jauhkan kami dari musibah ini.
aminnn..
pelik.senang pulak tu si penyimbah tu dapat bahan yang dikatakan 
sukar untuk didapati.
aku dah taK boleh nak hadam apa nak tulis.
EMOSI  MENGUASAI.

tapi syabas juga kepada polis kerana
berjaya memaklumkan 
bagaimana suspek itu.
1.helmet full
2.memakai honda ex5.
3.berbadan gempal dan kurus.
4.umur sekitar 20an dan 30 an
5.plat motor
(wpv 4963)

so wanita-wanita,
sebelum keluar bacalah doa
mohon pelrindungan dari ALLAH.
semoga perjalanan kita selamat.
amin...

Thursday, May 12, 2011

my new BOYFIEE :)

i have new boyfiee
petang-petang kami akan berjumpa.
aku akan bersama dia ke taman mainan.
teman kan dia main bola. aduh.
romantiknya.
nak tau siapa si kacak di hatiku.
carta ke 1.
MR. d
carta 2.
MR. R&R
carta 3.
MR.MOHD ARIF SYAHMI.






my boyfiee baru 7 months.
tapi sangat obses terhadap bola.
dia tak duduk area rumah aku.
tapi dia cucu kawan baik ummi.
cik ram aka tok teh.
ummi cerita dia kacak.
petang2 cik ram bawa turun kat padang.
tapi aku tak pernah intai dari atas.
semalam tergerak nak tengok dia.
hahhaa..
sepak bola macam pro.
cik ram bagi green light bawa dia balik rumah.
ummi restu hubungan kami.
hehe.
bertambah parah kedua2 family dah restu.
cik ram cakap tolong jaga dia 3,4 jam.
yesssss.!!!!
masa aku terisi dengan kehadiran dia.
haha
.
..ini versi kerapu masak merapu..

wahai TUAN ku.!


pemimpin yang baik akan menjadi penyuluh kepada rakyat.
jika berdiskusi mengenai pemimpin,
perkara ini tidak akan habis diperkatakan kerana ia adalah tabi'ie.
sejak zaman adam sehingga kemuncak islam sewaktu kepimpinan khalifah.
sehingga zaman barrack obama dan juga yop hosni mubarak.
ia tidak habis diperkatakan dan dibualkan.
nasib pemimpin itu sendiri adakala berakhir dengan tragedi. atau komedi.
si rakyat pula tidak putus-putus memohon diturunkan pemimpin dari langit.
persoalannya kenapa tragis?

kisah tragis itu sendiri kerana pemimpin itu ditikam oleh takhta mereka sendiri.
menjadi pemimpin yang suka dipuji dan alah kepada kritikan.
rakyat yang memuji akan diberi harta dan pangkat.
yang memberi peringatan adalah penderhaka.
seperti mereka ALLAH rabbul izzati.
dari pemimpin bermanifestokan kepentingan rakyat itu dan ini.
kini menjadi diktaktor seolah-olah menongkah dunia.
kekuasan melilit leher mereka sendiri di akhirnya.
kekuasaan itu sesuatu yang menggiurkan.
apabila mereka-mereka dan aku-aku ini memikirkan tentang 
PANGKAT. KARISMA. KUASA.
mahunya tak tidur malam.
kuasa juga ibarat gula yang mengawal semut. 
walaupun tersimpan rapi dalam bekas tetapi sang semut tetap mengejarnya.
bermula dari bawah akan mengejar sehingga ke kemuncak.
sifat pula akan menjadi extravaganza dan extra agresif.
semata kerana KUASA.
memetik petikan dari seorang blogger;
menurut beliau:
dalam bahasa AL-mawardi. FI HARASAT AL-DIN WA SIYASAT AL-DUNIA.
memelihara nila-nilai agama dalam mengurus dunia.
sangat mulia.
agama itu memang harus didakwah dan diwujudkan bagi menjadi rahmat dlm kehidupan.
dunia perlulah diterokai sebetulnya 
supaya menjadi ladang kebahagiaan kepada seantero umat manusia.
politik harus dibimbing moral agama.
barulah dinamakan pemimpin dan kepimpinan.

dan.
mengapa komedi?

setiap pemimpin pasti ada sejarah kepimpinan dan kemenangan mereka.
walau 1001 katanya dan penetapannya menyusahkan rakyat 
tetapi masih ada yang menjadi 
ibarat
lembu dicucuk hidung.
kerana tersungkur dalam lembah budaya paternalisme.
dimana pemimpin itu tiada yang salah melainkan benar dan benar belaka.
pepatah mengatakan.
ikan itu busuk dari kepalanya.
namun pemimpin seperti ini tidak sedar ketika mereka menyebarkan bau-bau busuk
kebusukan itu dijadikan wangian dalam kepimpinan.
yang halal menjadi haram dan sebaliknya.
para pemimpin ini akhirnya akan kekal dicalit bau busuk di akhir kepimpinannya.
dan RAKYAT.
kekal menjadi alat kepimpinan mereka dan mereka.


kata si bijak pandai:
belajarlah dari sejarah.
belajarlah dari sejarah khulafa al-rasyidin.
sehinggakan menjadi pemimpin tapi nyawa dalam pertaruhan.
kuasa tidak menjadikan mereka kebal.
dalam sejarah moden kita dapat lihat  
SI CEKAL MAHATMA GANDHI
mahatma gandhi mengajar bagaimana memimpin tanpa perlu pangkat dan kuasa.
jangan seperti layang-layang putus tali.
tidak tahu titik perhentian .
kalau tidak mampu belajar dari mereka.
jangan menjerat diri menjadi pemimpin yang mengumpan diri menempah neraka ALLAH.
LEBIH BAIK JADI ORANG BIASA.
hidup di dunia cuma sementara
:) (:





...aiman menulis dari hati..




i am AFRAID!!

Bold the things you're scared of and tag your friends when done!
  • the dark
  • being a parent
  • giving birth
  • being myself in front of others
  • open spaces
  • close spaces
  • heights
  • dogs
  • birds
  • looking down from high places
  • spiders
  • flowers or other plants
  • being touched
  • deep water
  • snakes
  • silk
  • the ocean
  • failure
  • success
  • thunder/lightning
  • frogs/toads
  • my boyfriends/girlfriends dad
  • boyfriends/girlfriends mom 
  • rats
  • jumping from high places
  • snow
  • rain
  • wind
  • being rejected
  • crossing hanging bridges
  • death
  • heaven
  • being robbed
  • falling
  • clowns
  • dolls
  • large crowds of people
  • men
  • women
  • having great responsibilities
  • doctors, including dentists
  • tornadoes
  • hurricanes
  • incurable diseases
  • sharks
  • Friday the 13th
  • ghosts
  • poverty
  • Halloween
  • school
  • trains
  • odd numbers
  • even numbers
  • beeing alone
  • becoming blind
  • becoming deaf
  • growing up
  • creepy noises in the night
  • bee stings
  • not accomplishing my dreams/goals
  • needles
  • blood
  • dinosaurs 
  • going to toilet alone at night
  • high speed
  • throwing up
  • falling in love
  • being in airplane
If you repost this, it’s been requested that you title it “I’m afraid of _ out of 69 common fears”
If you get more than 30, I strongly recommend some counseling.
If you get more than 20, you’re paranoid.
If you get 10-20, you are normal.
If you get 10 or less, you’re fearless.

thanks to aiman kautsar for this :)

midnight.

midnight.
i can't sleep and still here.
what i thinking of?
even me not understand.
many type of people.
with different kind of behavior and attitude.
that is totally unpredictable.
good morning.
tired think about them and they.

Wednesday, May 11, 2011

thinking.

indahnya malam-malam ni menulis.
aku tak ada tajuk yang khusus dan ini tidak dirancang.
kunun jak kau ni.!
PEMIKIRAN.
apa itu pemikiran?

bak kata matluthfi90.
suber: dewan bahasa dan pustakaq.
angpa nak tau gak ka?
ok aku cari la untuk angpa.
pemikiran itu tentang apa yang kita fikir.

ada orang kata:
pemikiran yang tidak berakhir akan mencipta kejayaan.
ada jugak orang kata:
tidak ada demokrasi tanpa revolusi pemikiran.

nah amik ang.
dalam nya maksud yang tersirat dan tersurat di sebalik
PEMIKIRAN.
ia juga mencerminkan kita.
us.we.ourself.
the way we think to arrange our dailf life.

pemikiran yang positif selalunya tidak diinfluencekan oleh nafsu.
pemikiran yang sihat adalah berdasarkan  kewarasan.
tetapi macam mana pula mereka yang berfikir berlandaskan al-qur'an.
al-qur'an ialah kalam allah yang diturunkan kepada rasulullah melalui perantaraan jibrail
secara berperingkat kepada umat manusia dan menjadi panduan sehingga akhir zaman.
disini la yang selalu mereka berkata itu dan ini.
teringat kata seorang ustaz.
al-qur'an itu diturunkan kepada rasulullah dalam keadaan pelik.
orang yang membawa pegangan al-qur'an juga akan dipandang pelik.

kadang-kadang bila kita mengintrepetasikan apa yang ada dalam al-qur'an 
mereka katakan kita ni kolot.ortodoks.and so whatever.
memang qur'an perlu diubahsuai penggunaan mengikut peredaran zaman.
tapi ada sesetengah hukum itu sendiri.
adalah larangan keras dan telah ditetapkan mengikut zaman.
aku bukan la tahfiz atau pengkaji qur'an
tetapi aku ialah hamba allah dan aku cintakan wahyu allah yang 1 itu
walaupun aku jahil serba serbi
tapi syafaat al-qur'an tidak boleh dihitung dengan kehidupan dunia.
aku tidak mahu menjadi umat yang membelakangkan qur'an.
jangan la menyalahkan mereka yang ahli yang berhujah menggunakan al-qur'an.
mereka menyampaikan apa yang Allah sampaikan.

mereka tidak terima hujah dari al-qur'an
dan menafikan mereka itu ialah islam liberal.
sebenarnya yang sebetulnya umat islam perlu berfikiran liberal.
bukan nya kita mahu dikenal sebagai umat islam yang liberal.
ada beza.
jadi kalau kita nak jadi umat islam yang berfikiran liberal.
asas kita tetap sama.
rujukan untuk kejayaan kita ialah al-qur'an.
adakah kita digelar umat islam yang berfikiran liberal kalau kita menjauhi al-qur'an?
dimana kita sebagai umat islam?
nak sama kan sekarang dengan zaman sahabat.
haha.
memang zaman itu islam dah pernah di atas.
itu kerana sahabat berfikiran liberal tetapi liberal itu berpaksikan dan bertunjangkan al-qur'an.
kalau nak berfikiran liberal.jangan sampai menolak itu dan ini dari qur'an.
jangan terlalu percaya dengan pemikiran yang kadang kala sumber nya masih tidak sahih.

senang je.
tak salah berfikiran liberal.
tapi kita kena ingat.
bacalah al-quran dan hayati maksudnya setiap hari.walaupun 1 ayat.
tak susah pun. kalau 1 ayat yang mampu untuk sehari.tak sampai 5 minit pun.
umat yang berjaya ialah umat al-qur'an
kita memandang barat dan negara yang penduduk islam lain.
kenapa mereka maju sedangkan mereka itu bukan islam.
itu lagi ortodoks.
kenapa kita tak ubah pemikiran kita.
mereka mencipta kejayaan setinggi langit.tidak beriman.
sekali Alllah turunkan bala.tiada siapa mampu melawan.
tapi kita ada Allah.ada aL-QUR'AN.
tak salah mengejar kejayaan tapi ingatlah.
kita didunia ni cuma sementara je.nak kata itu dan ini dengan mereka-mereka.
ilmu agama kita pun ibarat setitik nila.
sedangkan mereka itu lebih arif.
aku berkata untuk aku dan engkau-engkau.
jangan mendabik dada atas dunia ini.
akhirnya ke tanah juga kita.


..aiman blur..

Tuesday, May 10, 2011

alahai 20 sen.


alahai 20 sen.
kerana 20sen.
ayah semakin kusut fikiran nya.
ibu pun pening memikirkannya.
pada satu ketika dulu.
kalau ke sekolah bawa 20 sen.
itu anak orang kaya.
sekarang budak kampung pun tak lagi bawa belanja 20sen.
 tapi baru-baru ni.
tak ada la baru.
semalam kerajaan AMENO sekalu lagi menghampakan rakyat.
apabila diumukan harga gula naik lagi 20sen.
memang nampak sikit.
tapi mereka yang banyak tanggungan?
yang bergaji rendah?
mana janji yang baru ditaburkan beberapa bulan lalu.?
konon nya kenaikan harga gula tak akan berlaku.
JANJI TINGGAL JANJI.....
apa nak buat.
janji munafik..

rakyat semakin runsing.
bekerja siang ke malam.
semata-mata nak suap sedikit nasi ke mulut anak isteri.


yang si isteri pula terpaksa bekerja siang dan malam.
untuk membantu si suami.
menampung kehidupan keluarga
anak-anak terabai.
ini lah salah satu faktor kebejatan sosial.
nak salah kan ibu bapa seratus peratus pun tak boleh.
ya ALLAH.
berikanlah ketabahan kepada mereka.
memang betul melalui kenaikan harga gula.
kita boleh mengambil langkah mengurangkan gula.
tapi yang berkeluarga besar.itu masih menjadi beban.
benar lah.
pemimpin itu sendiri kalau tidak pernah merasa susah.
susah la dia nak faham kesusahan rakyat.

..aiman kecewa..