Saturday, March 31, 2012

dugaan

tekanan perasaan.
when i walk alone here.
apabila terpaksa kehulu hilir mencari buku.
aku mahu berdikari di dalam kos ni.
tanpa sahabat lama.
tetapi kuat betul dugaannya.
kuat betul dugaan mendapat segulung IJAZAH.
aku baru rasa asasi dulu.
semua lecturer bagi.
bila nak cari sendiri sekarang..
padan la muka kalau masih bersikap lewa.
semoga aku diberi kekuatan.
harap Allah memudahkan perjalanan aku didalam kos ini.
tak kisah untuk mempelajari ilmu baru.
tapi.
kisah apabila terpaksa berjalan bersendirian.
:(

Wednesday, March 28, 2012

30 Mac 2012

30 mac 2012.
tarikh bertuah yang menjadi pilihan seorang sahabat.
tarikh untuk menyatukan dua hati.
bakal menjadi seorang amir kepada amirahnya.
tekad seorang mahasiswa untuk membina masjid seawal usia 22 tahun.
masjid yang dibina atas dasar perjuangan.
semoga dengan ikatan yang dibina
membakar api semangat untuk terus berjuang.
selamat pengantin baru
 KHALID DAN JANNAH.
semoga bahagia hingga ke anak cucu.




Tuesday, March 27, 2012

mimpi

esok menantikan impian yang belum pasti.
dalam kabus pagi aku menanti cerah .
mendambakan kehangatan cahaya mentari.
menantikan redup awan mendung yang berarak.

mendaki tangga-tangga .
menongkah bukit yang tinggi
memanjat hijau gunung-ganang.
menuruni cerun-cerun curam.

kemuncaknya?
aku pun tidak pasti.
aku gantungkan segala mimpi di cakerawala.
kerna aku yakin.
mimpi itu akan menjadi realiti 




Friday, March 23, 2012

HAWA

teingat aku akan kata-kata keramat.
"tangan yang menghayun buaian akan menggoncang dunia"
lalu aku singkap kata-kata.
"syurga dibawah tapak kaki ibu.

begitulah tingginya martabat seorang HAWA.
seorang HAWA yang diciptakan dari rusuk kiri adam.
pelengkap dunia penyeri rumah tangga.
HAWA yang menjadi tongkat kepada si buta.
apabila tiada dia maka kehilangan besar buat si buta.

HAWA.
diciptakan lemah lembut sifatnya.
dalam kelembutan ada ketegasan yang tersimpan.
HAWA yang menjadi sang isteri yang setia.
disisi suami tercinta.
penat lelah tidak di kira.
bahtera yang dilayari bersama dihiasi sebaiknya.
dilimpahkan kasih sayang kepada seisi keluarga.
sakit penat anak dan suami semua dijaga.
tidak terjangkau kekuatan mu HAWA

HAWA.
tajam fikiranmu tidak dinafikan ,
keberanian mu tidak boleh dipandang enteng.
tutur kata mu melahirkan kata-kata azimat.
melengkapi perjuangan.

HAWA.
keharmonian dan keselamatan kita telah dirobek.
oleh tangan - tangan ghaib,
anak-anak kecil tidak berdosa,
meninggalkan ibu nya menangis sedih.
tiada lagi ruang selamat untuk kita di bumi ini.
bom, api, dan senjata.
menjadi alat melemahkan kita.
masih mampukah kita berdiri teguh
tatkala
segala ruang keselamatan yang ada sudah dicerobohi.
namun,
yang lebih mengecewakan.
dimana SYURGA KEADILAN?


HAWA.
BANGKITLAH HAWA.
langit biru memanggil HAWA.
tanah subur menyeru HAWA.
percikan api membakar semangat untuk HAWA.
rintik-rintik hujan  melindungi HAWA.
kita satukan erat hati-hati kita.
kita ikat kemas tangan kita. 
kita laungkan kata-kata keramat
HAWA BANGKIT TOLAK KEGANASAN.
HAWA BANGKIT TENTANG KEZALIMAN.
HAWA BANGKIT MEMACU KEADILAN.

ayuh !
HAWA BANGKIT








Friday, March 9, 2012

imam REFORMASI

jika sebelum ini negara digemparkan.
apabila seorang anak muda mahasiswa
ADAM ADLI.
menurunkan bendera perdana menteri.
kerana
katanya.
cukup-cukuplah. inilah simbol rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap PM.
maka selepas itu nasib
ADAM ADLI
menjadi taruhan.diburu.diugut.dimaki.
namun sehingga kini.
beliau masih menjadi icon perubahan negara
TERKINI.
gempar apabila seorang imam melemparkan selipar kepada hakim.
kenapa?
kerana imam tersebut marah dengan sistem keadilan negara.
lihatlah sekalian.
negara ini sedang sakit tenat.
sistem pentadbiran yang menuju kehancuran.
ditambah dengan sistem kehakiman yang tidak telus.
HAKIM-HAKIM.
didunia kalian boleh memejamkan mata.
tapi ingat dacing akhirat.
tiada siapa mampu menafikan keadilan al-mizan.
WE ARE ALL IMAM HOSLAN.

Thursday, March 8, 2012

nisan keadilan

keadilan.
terkuburkah keadilan?
jika keadilan sudah lama terkubur.
di mana tanah merah itu?
dimana batu nisan itu?
hari-hari negeri diwarnai bencana .
rakyat marhaen lelah kian parah.
menghidu udara demokrasi yang kian tercemar.
dek tangan-tangan yang meyimpan 1001 misteri negeri.
jari di tuding.
kau salah? aku salah?
siapa pembunuh durjana?
siapa pendukung mulia?
si manusia bertopeng disanjung di puja.
si kakak tua di biar hina.
cukup!
muak aku dengan dunia sandiwara ini.
akhbar dicetak menutup mata pembaca.
jurucakap dilatih menutup segala kecelakaan.
maka.
apabila segala mekanisme tidak lagi melancarkan perancangan.
anjing-anjing jalanan disuruh mencari mangsa.
aku pejam rapat mata.
harapnya esok suria kembali ceria.

we say , STOP LYNAS

masih kah kerajaan akan meneruskan niat mereka
membenarkan kilang LYNAS
bertapak di negara yang kita cintai?
tahukah anda?
hari ini bayi-bayi 
yang dilahirkan akan comel begini. 


tetapi,
akibat kesan LYNAS.
pelbagai risiko boleh dihadapi oleh rakyat.
mungkin muka bayi boleh berubah menjadi begini

keh keh keh
:)
 ok , its not time for joke.
this is the situation.
MALAYSIAN,
LYNAS IS ABOUT OUR COUNTRY.
PLEASE DONT JUST SIT AT HOME
AN ACT COOL.
YOU WILL DESTROY YOUR 
KIDS FUTURE.


GOVERMENT,
PLEASE HEAR OUR VOICE.
WE

LYNAS!!!!



Tuesday, March 6, 2012

malam reformasi mahasiswa



malam reformasi mahasiswa.
menampilkan public figure, aktivis mahasiswa dan politician.
harga untuk satu kepala cuma rm 30.
satu meja rm 240.
rugi  tak beli, kalau beli tak rugi.

Monday, March 5, 2012

Malaysia Bangkit.

assalamualaikum.
gerakan mahasiswa dibawah Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
telah melalui pelbagai rintangan dan halangan
dalam memperjuangkan nasib mahasiswa dan rakyat Malaysia.
tanpa memikirkan diri sendiri atau prinsip 3K (kolej, kafeteria, kuliah)
sekelompok mahasiswa ini berani menongkah arus,
dalam matlamat untuk membantu membetulkan sistem di negara yang sudah sedia ada.
segala tohmahan, makian, dan keganasan telah ditelan oleh mereka.
namun, 
demi dahagakan negara Malaysia yang lebih sejahtera.
keganasan yang diterima pada malam UPSI berdarah 1.1.12
tidak sedikit melunturkan semangat aktivis-aktivis mahsiswa ini.
dalam keadaan pentadbiran  negara yang menuju ke kancah negatif
gerakan mahasiswa ini masih mencari jalan untuk menyelamatkan negara
dari tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.
negara perlukan generasi muda untuk menggendong perubahan.
negara perlukan generasi muda yang menjadi paksi kemajuan.
negara perlukan generasi muda untuk membawa transformasi yang lebih telus.
negara perlukan generasi muda yang terus cakna.
ayuh generasi muda, 
kita hayun kan tinggi langkah kaki kita.
kita padukan simpulan lengan kita.
BANGKIT!! dari tidur yang panjang.
bangkit dari  mimpi yang indah.
semoga masih ada harapan baru untuk generasi akan datang.
MALAYSIA BANGKIT!!


p/s :
berikut merupakan antara program yang dianjurkan oleh gerakan mahasiswa.

banyak lagi program yang telah dianjurkan diperingkat NGO di bawah SMM.
dan terikini, pelancaran MALAYSIA BANGKIT,
yang merangkumi 9 tuntutan.
jangan menghukum mahasiswa,
tetapi carilah jawapan,kenapa mereka bertindak sedemikian.