Monday, March 5, 2012

Malaysia Bangkit.

assalamualaikum.
gerakan mahasiswa dibawah Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
telah melalui pelbagai rintangan dan halangan
dalam memperjuangkan nasib mahasiswa dan rakyat Malaysia.
tanpa memikirkan diri sendiri atau prinsip 3K (kolej, kafeteria, kuliah)
sekelompok mahasiswa ini berani menongkah arus,
dalam matlamat untuk membantu membetulkan sistem di negara yang sudah sedia ada.
segala tohmahan, makian, dan keganasan telah ditelan oleh mereka.
namun, 
demi dahagakan negara Malaysia yang lebih sejahtera.
keganasan yang diterima pada malam UPSI berdarah 1.1.12
tidak sedikit melunturkan semangat aktivis-aktivis mahsiswa ini.
dalam keadaan pentadbiran  negara yang menuju ke kancah negatif
gerakan mahasiswa ini masih mencari jalan untuk menyelamatkan negara
dari tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.
negara perlukan generasi muda untuk menggendong perubahan.
negara perlukan generasi muda yang menjadi paksi kemajuan.
negara perlukan generasi muda untuk membawa transformasi yang lebih telus.
negara perlukan generasi muda yang terus cakna.
ayuh generasi muda, 
kita hayun kan tinggi langkah kaki kita.
kita padukan simpulan lengan kita.
BANGKIT!! dari tidur yang panjang.
bangkit dari  mimpi yang indah.
semoga masih ada harapan baru untuk generasi akan datang.
MALAYSIA BANGKIT!!


p/s :
berikut merupakan antara program yang dianjurkan oleh gerakan mahasiswa.

banyak lagi program yang telah dianjurkan diperingkat NGO di bawah SMM.
dan terikini, pelancaran MALAYSIA BANGKIT,
yang merangkumi 9 tuntutan.
jangan menghukum mahasiswa,
tetapi carilah jawapan,kenapa mereka bertindak sedemikian.




No comments:

Post a Comment