Thursday, March 31, 2011

iman


Hazrat Jabir R.anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Allah SWT telah memerintahkan Jibril a.s untuk menterbalikkan satu bandar bersama dengan penduduk-penduduknya".
Hadrat Jibril a.s berkata, "Wahai Tuhanku! Di tempat itu terdapat hambaMU sifulan yang dimana sedetikpun tidak pernah melakukan maksiat terhadapMU."
Rasulullah SAW bersabda, Allah SWt telah berfirman kepada Hadrat Jibril a.s, "Telungkupkanlah (terbalikkan) bandar itu bersama dengannya keatas penduduk bandar itu. Ini kerana air mukanya tidak pernah berubah (risau), walaupun seketika, memperlihatkan penduduk disitu melakukan maksiat.

Keterangan
Firman Allah SWT ini, kesimpulannya ialah: memang benar HambaKu ini tidak pernah engkar kepadaku, akan tetapi, apa kurangnya kesalahannya ini; Apabila orang ramai melakukan dosa dihadapannya; dia dengan senang hati memerhatikannya sahaja. Kejahatan berleluasa, orang2 engkar kepada Allah SWT, tetapi dia tidak ada sedikit risau dan resah (kerut) kelihatan pada wajahnya.

-Na-uzubillah-

ku cari ketenangan mu


ya Allah .
betapa hati ini merindui ketenangan itu.
saat hati ini di uji dengan duniawi.
esok pasti akan turun hujan yang lebih lebat lagi.
yang aku belum pasti di mana kekuatan ku tika itu.

ya Allah .
gentar hati ini.
moga tidak lagi aku jauh dari -Mu
ingin aku terus berada dalam dakapan ketenangan-Mu
kau limpahkan lah setinggi kesabaran buat hati ini
supaya aku tidak lagi berlari jauh dari-Mu.

ya-Allah.
ketenangan  tidak akan datang dalam hembusan nafas ini
andai 
tanpa izin-Mu
jadi 
kau limpahi jiwa dan hati ini dengan ketenaangan - dari -Mu.
aku mohon kepada -Mu 
ya-Allah.


...aiman sedih la...


Wednesday, March 30, 2011

syukran ya ALLAH





Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: 
“Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: 
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)

SubhanAllah, sehingga Rasulullah saw juga memuji Nabi Daud a.s sebagai manusia yang sentiasa mendambakan cinta kepada Allah swt dan hanya mengharapkan cinta Allah swt melebihi cinta lain.

Part 1: Memohon cinta Allah swt

Sememangnya dalam doa kita pun, mesti ada adab-adabnya, kerana kita ingin meminta sesuatu daripada Tuhan kita. Maka, mestilah dengan cara yang lembut:
1) Membaca bismillah dan memuji Allah swt
2) Berselawat keatas Rasulullah saw
3) Memohon keampunan akan dosa-dosa yang kita lakukan
4) Permintaan kita

Makanya, jika dilihat dalam doa Nabi Daud, baginda telah menyusun doanya dengan baik sekali. Baginda faham bahawasanya tiada satu cinta pun yang patut diutamakan dan diharapkan kecuali cinta Allah swt. 
Baginda tidak peduli jika tidak memiliki cinta manusia, namun baginda berjaya untuk peroleh cinta Allah swt. Sebabnya adalah suci, apabila kita mencintai Allah swt, maka segal apa yang ada di langit dan di bumi ini juga akan mencintainya, kerana Allah swt adalah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Berbeza dengan cinta manusia.
 Ia tidak akan memberi sebarang jaminan cinta kepada Allah swt. Kerana itu, Nabi daud tidak menyebut cinta manusia di awal doa, tetapi menyebut cinta kepada Allah swt yang menjadi keutamaan.

Dari Nabi Muhammad saw bersabda
"Apabila Allah swt mencintai seseorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril
'Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan, maka cintailah dia'
Maka Jibril pun mencintainya. Kemudian Jibril berseru kepada penghuni langit,
'Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan, maka kalian cintailah dia'
Maka penghuni langit pun mencintainya. Kemudian ditanamkan cinta penghuni Bumi kepadanya"
- Bukhari: 5580 -


Part 2: Memohon cinta orang-orang yang cinta kepada Allah
Mengapa Nabi Daud memohon cinta-cinta orang yang beriman? Ini adalah kerana Baginda mengetahui bahawasanya mereka-mereka yang beriman dengan keimanan yang sejati, sudah tentunya sangat layak untuk mendapatkan cinta daripada Allah swt.

“Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda
‘ Ruh-ruh manusia dicipta seperti prajurit berbaris. Maka, yang mana saling kenal antara satu sama lain, akan bersatu dan mana ynag ingkar antara satu sama lan, akan berpisah’”
-Muslim: 4733-


Part 3: Mohon ditunjukkan amalan-amalan yang dapat mendatangkan cinta Allah swt

Pernahkah terasa khuatir sekiranya perbuatan-perbuatan yang kita lakukan bias untuk mendatangkan kemurkaan Allah swt?
Atau pernahkah anda mempunyai niat yang baik untuk melakukan sesuatu, tetapi amalan tersebut dilakukan dengan ‘caca merba?’ Bolehkah kita berniat untuk solat, bertemu dengan Allah swt, tetapi solat kita hanya tonggang tonggek yang tidak member apa-apa kesan terhadap hati kita?
Kerana sebab-sebab inilah Nabi Daud a.s. memohon supa kekhuatiran ini dapat dihapuskan, dengan meminta ditunjukkan amalan-amalan kebaikan yang dapat mendatangkan cinta Allah swt.
Kerana itu, di dalam surah Al-Imran, ayat 146, yang terjemahannya:
“Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. “
Dan antara orang-orang yang beramal dan mendapat cinta daripada Allah swt, ialah orang-orang yang bersabar

Part 4: Cinta Allah swt diutamakan

Nabi Daud a.s, sangat peduli dan sangat mengutamakan cinta Allah swt. Dan kerana itu, baginda memohon supaya cinta Allah yang didambakan tersebut dapat melebihi cintanya kepada keluarganya dan juga air yang dingin.
Mengapa keluarga?


Ini adalah kerana, kadang kala, akan ada waktu dimana kita terpaksa untuk membuat pilihan antara keluarga mahupun prinsip hidup(yaini prinsip hidup Islam). Maka yang mana harus dipilih dan ‘be given priority’? Kita terlalu sayang kepada keluarga kita, sehingga ke satu tahap dimana kita terpaksa meletakkan prinsip Islam atau perintah Allah swt di tempat yang ke-2. Bolehkah begitu? Sanggupkah kita mengingkari Tuhan yang telah menciptakan kita, dan juga ahli keluarga kita?

Kerana itu, Nabi Daud a.s. telah meminta untuk menjadikan hatinya untuk sentiasa mendahulukan dan mengutamakan cinta yang hakiki kepada Allah swt, melebihi ahli keluarganya sendiri.

Tetapi, mengapa pula Air Dingin? Mengapa tidak harta, kuasa atau kekayaan?



Pernahkah anda berada di kawasan padang pasir yang terik? Atau pernahkah bilik anda terasa bahang seperti berada di dalam ketuhar oven? Atau pernahkah anda berdiri di tengah-tengah padang / jalan tar, pada waktu tengah hari yang panas, dimana matahari sedang tegak di atas kepala? Apakah kehendak anda pada waktu itu? Dahaga bukan?
Air yang dingin adalah salah satu nikmat dunia yang sangat indah dan menggoda. Tidak kiralah pangkat ataupun harta, sudah semestinya anda akan menikmati kelazatan air yang dingin bukan?

Ada diantara manusia yang bias mengorbankan prinsip hidupnya asalakan bukan kelazatan hidup di dunia, kerana telah tertanam di dalam hatinya sifat wahnu (takut mati, dan cintakan dunia).

Namun, Nabi Daud a.s. sudah pasti tidak mahu perkara sebegini terjadi, maka baginda sanggup untuk mengorbankan segala-galanya, asalkan bukan mengorbankan cinta kepada Allah swt.

Seperti yang telah Allah swt beritahu di dalam Al-Quran, surah At-Taubah: 24, yang bermaksud:
“ Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. “




Wallahu ‘alam, 
 mari kita semua tepuk dada, tanya iman. 
Setakat manakah keimanan dan kecintaan kita kepada Allah swt?

..aiman hamba lemah...



syabas

salam.
betapa agungnya erti cinta ini sehingga manusia tidak akan mampu habis untuk merungkai 5 perkataan ini.
C.I.N.T.A.
jika pagi tadi aku membuat muqaddimah kini biarlah aku menutupnya.

panjang lebar ulasan aku yang tidak seberapa itu.

saya copy juga saudara k punya ulasan :

boleh je bercinta sebelum nikah, dan menyintai lain jantina. :-) asalkan jgn melebihi cinta kepada Allah.

mudah. Siti Khadijah, sebelum melamar nabi SAW, apa yang dia sampaikan kepada utusannya itu????

"aku telah jatuh cinta pada MUhammad". :-)

cinta sebelum kahwim tu. :-)

lagi satu Surah Al-Baqarah : 165 bukan melarang kita bercinta sesama manusia :-)

sebaliknya ayat ini ingatkan kita supaya jgn bercinta sampai lupa cinta pada Allah dan Rasul .:-) tak tertinggal, 
Ahlulbaitnya. :-)

pink di situ ya :)


kemudian saya paparkan pula sahabat ukhti saya punya ulasan :

maaf..saya tak rasa ayat 165 yg saudara selitkan sbntar td mnggalakkan kita utk bercinta..:)

mmg benar siti Khadijah ada mnyatakan perasaannya yg tlah jtuh cinta pd Rasulullah kpd utusannya..
namun kita imbas kembali apa yg dilakukan oleh siti Khadijah slpas itu..

dia mminang rasulullah utk mnjadi suaminya..
sweet kan^_^
maka ini bukanlah dinamakan bercinta sblum nikah..
hanya jatuh cinta sblum nikah:)


dan dipenuhi dengan syariat apabila terus bernikah..:)

mmg lah betul..
dalam Al-Quran sendiri xde ayat yg direct mengatakan brcinta itu haram

tp dalam surah Al-Isra' ayat 32 ada mnyatakan :
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang  keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

hmmm..rasanya ramai yg da tau mngnai ayat tu..biasalah..selalu kena ceramah waktu kem2 motivasi skol dulu.aku pon pnh kena


Ini adalah dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti."


Hadis ini menunjukkan bahwa memandang wanita yang tidak halal untuk dipandang meskipun tanpa syahwat adalah zina mata . Mendengar ucapan wanita (selain istri) dalam bentuk menikmati adalah zina telinga. Berbicara dengan wanita (selain istrinya) dalam bentuk menikmati atau menggoda dan merayunya adalah zina lisan. Menyentuh wanita yang tidak dihalalkan untuk disentuh baik dengan memegang atau yang lainnya adalah zina tangan. Mengayunkan langkah menuju wanita yang menarik hatinya atau menuju tempat perzinaan adalah zina kaki. Sementara kalbu berkeinginan dan mengangan-angankan wanita yang memikatnya, maka itulah zina hati

hmmm...
tapi kan..cinta itu satu anugerah Allah..
diri kita ini tak lari dari jatuh cinta..kan3:)
hehe..kadang2 org akan bertanya..
untuk apa lah perasaan cinta ni klau tak boleh nak praktikkan..

kita kena ingat
Sabda Rasulullah : Tidak ada yanglebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah


inilah cinta yg terbaik..
cinta sakral dan kudus..


begitulah ulasan nya serba sedikit.
baca post seterusnya untuk tambahan ilmu sedikit sari saya yang tak seberapa..
:)

..aiman rasa teruja...


love

salam..
awal tak aku entry blog hari ni.?
:) 
sebab aku bangun awal hari ini.
:)
pagi-pagi bangun buka MUKABUKU.
inilah anak-anak zaman sekarang.
tengah hari karang baru nak memasak.
memang la moyang-moyang dulu ajar hidup tak berdisiplin macam ni.
eh! jangan salah kan moyang.
dah tu???
teknologi ke?
teknologi tak salah.yang salah orang yang buat teknologi!!
eh!!! orang yang guna teknologi.
seperti saya :)


baiklah aku dah merapu.
back to the point.
bangun-bangun sebelum aku telan nasi goreng tadi.
aku dah telan huruf-huruf dari blog seorang syiah.
eh!! sahabat :)
aiman !!what happen to you.
tersasul je, nak mengundi sangat dah ke??
eh tidak..!!
ok stop.


aku kagumi semangat yang beliau ada dalam perjuangan.
memang semangat nya tinggi ,
darah muda tu menjalar lagi.
api untuk berjuang itu masih membara.
jadi setiap apa yang beliau buat pasti disertai kesungguhan.
itu aku puji.
but something that i cannot agree.
bukan tak setuju cuma kurang setuju.

bila beliau bercakap tentang CINTA....
oh nooooooooooooo!!!!
hahaa..
aku juga jahil dalam cinta,
aku tidak layak bercakap tentang cinta sebab cinta aku pada ALLAH tidak sempurna.
ilmu aku tentang cinta juga sangat la kurang.
cuma alhamdulillah baru-baru ni aku bersyukur kerana diberi peluang menghadiri forum
di pusat islam UiTM
forum yang best dan menarik itu bertajuk ' aku dibius cinta'
ok mesti first perception korang dah kata best kan.
memang pun .rugilah siapa yang tak pergi.

berbalik kepada sahabat ni.
aku selalu je baca blog dia walaupun aku bukan follower setia dia :)
dan aku nilai setiap penulisan dia.
seperti yang aku cakap tadi setiap penulisan dia dipublish dengan sepenuh jiwa.
aku pun tersoul membaca.begitu juga kalau beliau menegakkan tentang cinta beliau.
sebagaimana beliau menegakkan pegangan beliau.
maka habislah dan malanglah ustaz dan ustazah yang tersenarai dalam blog nya.
hahahah :)

dan ini pendapat aku berbalik topik cinta ini.
apa yang aku taip di sini ialah melalui ilmu yang aku dapat semasa di forum tu.
sepanjang aku dengar aku teringat sahabat ni.
lantang bersuara menegakkan cintanya dan siapa yang menasihati akan
di tentang habis-habisan.
:)

kata ustaz itu .

1. dalam al-qur'an tiada cinta yang diterima allah melainkan cinta selepas nikah.
jadi perasaan cinta memang tak salah tapi perasaan cinta itu perlulah disalurkan ke tempat yang betul.andai kita mencintai seseorang tapi orang itu belum menjadi milik kita.
dia masih lagi milik allah dan kedua ibu bapanya maka apabila kita mengagungkan cinta itu,
apabila kita di kecewakan, kemana nak bawa. dah kena delete post kat blog.. :)
kalau orang tu dah halal dan sah menjadi milik kita, maka cerita lah kebaikan dia supaya
menjadi ikutan kepada yang lain. :)

2.dalam al-qur'an allah juga dah janji untuk menjaga rezeki pasangan yang sudah berkahwin 
walaupun mereka berkahwin di usia muda kerana untuk menjaga syariat allah.

- memang manusia dianugerahi rasa cinta dan benar.! malanglah manusia yng tidak mempunyai rasa cinta
dalam hatinya untuk mencintai manusia lain. tapi kalau kita terlalu mengagungkan cinta manusia
maka apabila kita kecewa.maka akan hilanglah apa yang kita kagumi selama ini.
jadi bagi saya bersederhanalah dalam bercinta kepada manusia.dan kalau kita agungkan
cinta kita kepada allah bercerita mengenai cinta kita kepada allah.
maka kita pasti tidak akan dikecewakan.

kalau nak baca lagi menarik
klik sini

..aiman tidak pandai berkata-kata tentang cinta.. 
:) 










Tuesday, March 29, 2011

pernah hati ini





pernah aku rapuh
dalam mencari kasih-Mu
pernah aku rapuh
menongkah arus dunia-Mu
pernah aku rapuh
dalam detik waktu mencari nur -Mu
pernah aku rapuh 
kerna aku tidak setia mendamba redha-Mu

maafkan aku
kerna kerapuhan ku
maafkan aku 
kerna kelekaan ku
maafkan aku 
kerna hati ini tidak sempurna mencintai-Mu
maafkan aku
kerna kejahilan ku

maafkan lah bila hati ini tidak sempurna mencari-MU
namun aku berharap agar nur-Mu 
sentiasa ada untuk aku.
tangan hina ku pohon 
ku tadah hanya untuk-Mu
aku mengemis redha-Mu.
semoga masih ada nur-Mu untuk aku mengubat
kerapuhan hati ku.

..aku hamba kerdil dan hina...

Monday, March 28, 2011

aku tetap aku

aiks .. sis tak kan dah habis idea.
macam mana nak tulis novel politik ni do =.=' .


several question that i dont like =.='



top 1 which is unrelevent question is :

 anak tunggal? sorang la ni? tak ada adik beradik?

aku tak tau la nak jawap apa .
aku cari dalam kamus tunggal means 1.
bukan 10.


2. anak tunggal? tak bosan ke?

kalau nak rasa jadi anak tunggal bosan ke tak.
time aku balik kedah  aku bagi tumpang kat rumah aku.
duk dengan mak aku.

3.anak tunggal? mesti manje kan?

kau nak tau aku ni manja ke tak kan.
kau tanya mak aku.
berapa juta duit dia habis beli hanger angkara aku.

4.anak tunggal? nanti mesti la jaga mak kan?

aduh. 
dah kalau aku ada 10 adik beradik.
tak kan la nak lepas tangan.
ibu tetap ibu yang melahirkan kita.
tak kan dah berjaya nak campak mak kita.
aku waras.


5. anak tunggal? mesti dapat semua yang kau nak kan?

dari aku start jadi materialistik
 aku minta banglo.
tak dapat lagi sampai sekarang.


p/s :
 anak tunggal ke anak sulung ke,
anak last ke.
that is not the question.
the question is we as children must realize our responsibilities
to both our parents.
ingat!
ada adik beradik bukan platform untuk lepas tangan 
untuk tidak menjaga ibu bapa kita.

kadang-kadang kita tidak tahu
there's a piece of iceberg 
in our parents heart.
so.. 
selagi ada kesempatan.
berbaktilah untuk mereka.

..insya-allah aiman cuba..

jadilah seorang tabligh..

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” An-Nahl: 125-




pasti ramai yang masih tertanya-tanya apa itu jemaah tabligh.

secara umumnya :
adalah gerakan mubaligh Islam yang bertujuan untuk mengajak manusia kembali ke ajaran Islam yang kaffah.
untuk mengetahui dengan lebih lanjut serba sedikit tentang jemaah tabligh boleh rujuk


gerakan ini bersih dari unsur politik.
syukur kerana aku mendapat pendedahan tentang tabligh di awal usia.
pak andak aku.
seorang jemaah tabligh yang aktif menyampaikan dakwah semasa zaman bujangnya.
setiap hari ahad mereka akan meninggalkan aktiviti keduniaan dalam tempoh sejam dua.
mereka akan berkumpul di rumah seorang sahabat.
dan adakan majlis ilmu yang dipanggil bayan / taklim,
aku dah mula join dengar bayan sejak sekolah rendah.
memang kadang-kadang tertidur tapi sebenarnya .
perkongsian ilmu ini sangat menarik.

yang menarik nya muslimin muslimat ditempatkan secara berasingan.
muslimin selalu di tempat terbuka.
muslimat dalam rumah dan dipasang tirai.
jadi sahih tiada unsur negatif.
mahupun tiada peluang untuk membuat renungan mata.

dan setiap malam ketika aku tinggal berjiran dengan pak andak.
sebelum tidur.
dia akan datang rumah aku or telefon.
untuk membuat sesi bayan kat rumah :)
kalau aku tak datang.
pak andak akan datang tarik aku bawa pergi rumah dia.
aduh!! tak de chance nak mengelat.

masih terngiang di telinga
permulaan setiap bayan.
"allah maha berkuasa , makhluk tiada kuasa (diulang 3kali),
allah mencipatakan langit dan bumi,alhah ciptakan gunung-ganang 
 allah menciptakan langit tanpa tiang,
allah menciptakan manusia, makhluk- mahluk lain."
lebih kurang begitu starting dia.

di akhirnya.
 aku akan disuruh membuat ulasan dengn apa yang di baca.
kadang-kadang kantoi mengelamun.
:)
masa tu jahil lagi ,
masih kanak-kanak.
sekarang aku rindu untuk mendengar bayan.

 tapi,
kadang-kadang sedih dengan penerimaan masyarakat dengan golongan ini.
seorang sahabat aku,

dengan bangganya bercerita 
" hari tu jemaah tabligh datang rumah aku,
ajak pergi solat,
aku maki diorang.
nak masuk kampung orang jangan buat hal
nak buat baik konon,
ajak pergi sembahyang kat surau,
mana boleh paksa-paksa orang pergi surau la"

termenung aku dengar sahabat aku cakap macam tu.
hm... 
dia kata masuk kampung orang rogol anak dara orang.
tak ke buat masalah?

aku pun cuba membetulkan persepsi sahabat aku.

1. jemaah tabligh itu adalah lelaki.
kalau mereka datang rumah itulah pentingnya didikan islam.
apabila tiada muhrim di rumah,jangan sewenangnya bagi lelaki tak dikenali masuk.
dengan apa yang nak di sampaikan.
tapi biarlah dari luar sahaja.

-mereka ialah tetamu dan kalau mereka datang bawa kebenaran
tapi kita tidak melayan tetamu dengan baik.
dah berdosa.

2. semasa datang tu jemaah ajak sahabat ke surau ,
dah la tak pergi, di maki nya orang tu.
sebabnya manusia sekarang terlalu jauh dengan masjid, surau.
kedai kopi bukak sampai pagi pun penuh.
masjid bukak sampai pagi, ada yang menumpang nanti.
itulah bila salah menggunakan masjid.
manusia hanya mencari masjid bila ada kematian,
kalau di bawah rumah aku,
time hari biasa jarang nampak mak cik-mak cik ke surau. 
selalunya ada la satu saf tapi tak penuh.
tapi esok akan ada mak cik ni datang, tapi first time solat dekat surau.
rupanya datang berhajat.
nak buat kenduri kahwin anak. nak guna peralatan surau.
nak jemput orang-orang surau tolong untuk gotong royong.
bila dah susah baru nak cari surau.


aduh..ni la masalah nya..
aku ingatkan diri aku.
aku bukan manusia sempurna.
tapi bila aku menulis,
nawaitu aku ni.
kita boleh perbaiki sama-sama kelemahan kita.
:)


...aiman mohon maaf...


mr.D

i heard the song.
best :)
and it have thousand meaning :)


Kedamaian yang ku cari
Masih belum terbukti
Jauh lagi perjalanan ini

Jiwa tak pernah tenteram
Kasih lama tenggelam
Di lubuk hati yang paling dalam

Berlumutlah ukiran impian
Entah berapa lama
Harus ku nanti
Sinar kasih sayang menyinari kembali


Dengan nada lagu dan irama
Ku luahkan jua rasa kecewa
Semoga kau dapat mendengarnya
Semoga terbuka pintu cinta... mu
Yang pasti hujan tak berterusan
Matahari kan tetap terus bersinar

Kini terbukti apa yang di nanti
Dengan rela ku lepas kau pergi
Telah sedekat kenangan terpahat
Di ruang tak bertempat oo... ho...

Dengan nada lagu dan irama
Ku luah kan jua rasa kecewa
Pada cinta yang dahulu kita
Ukirkan bersama...
Di ruang asmara
Di bumi yang nyata
Di dunia kita...

i have some for u :)
 tekan link bawah :)


selamat mendengar.

..dislike jiwang-jiwang..