Thursday, March 31, 2011

iman


Hazrat Jabir R.anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Allah SWT telah memerintahkan Jibril a.s untuk menterbalikkan satu bandar bersama dengan penduduk-penduduknya".
Hadrat Jibril a.s berkata, "Wahai Tuhanku! Di tempat itu terdapat hambaMU sifulan yang dimana sedetikpun tidak pernah melakukan maksiat terhadapMU."
Rasulullah SAW bersabda, Allah SWt telah berfirman kepada Hadrat Jibril a.s, "Telungkupkanlah (terbalikkan) bandar itu bersama dengannya keatas penduduk bandar itu. Ini kerana air mukanya tidak pernah berubah (risau), walaupun seketika, memperlihatkan penduduk disitu melakukan maksiat.

Keterangan
Firman Allah SWT ini, kesimpulannya ialah: memang benar HambaKu ini tidak pernah engkar kepadaku, akan tetapi, apa kurangnya kesalahannya ini; Apabila orang ramai melakukan dosa dihadapannya; dia dengan senang hati memerhatikannya sahaja. Kejahatan berleluasa, orang2 engkar kepada Allah SWT, tetapi dia tidak ada sedikit risau dan resah (kerut) kelihatan pada wajahnya.

-Na-uzubillah-

No comments:

Post a Comment