Thursday, March 3, 2011

di malam hari

salam... haha..
malam ni terasa nak menaip,
berbicara dengan hati ini...
rindu nya , rasa tenang je malam ni,
ya -Allah semoga ketenangan ini akan terus aku rasai untuk hari akan datang,
erm.. aku rasa dah sampai masa,
dah tiba waktu untuk aku muhasabah diri,
terhadap amalan aku selama ini,
perbuatan aku, semuanya yang melibatkan diri aku,
aku dah rasa sampai satu tahap,
aku nak sentiasa dekat dengan pencipta,
aku rasa aku dah kayuh terlalu laju mengejar dunia,
sebab aku tak suka pakai statement,
pelan-pelan kayuh, sebab itu.. dah jauh aku kayuh,
aku perlu stop kan kayuhan dunia ini,


aku perlu berenang kembali,
kenapa berenang???
mengejar dunia memang mudah, macam aku tulis tadi,
aku dah kayuh terlalu laju, dalam kayuhan tu,
aku tak sedar, adakala aku terlanggar sesuatu,
aku terlepas pandang apa yang penting dalam hidup aku,
aku leka dengan apa panduan hidupku,.. 
dan akibatnya, aku kini berada dalam lautan dosa..
aku kini perlu berenang,kerana berenang ini bukan perkara mudah,
aku akui aku memang tak pandai berenang,
tapi andaian ini amat sesuai untuk aku,
bila kita berenang ..
kita perlukan rohani dan jasmani kita,
kita perlukan ketahanan mental dan fizikal,
kalau 2 elemen ni tak ada,
tak berjaya la malik maidin :) hehe ..
ok stop..
back to the point,


aku perlu berenang untuk menebus kesilapan aku,
aku perlukan kekuatan fizikal untuk melakukan ibadah mendekatkan diri aku kepada Alah,
aku perlukan rohani dan minda aku untuk  tetap dalam jalan ini,
aku nak berhijrah,
aku bukan lah insan seperti rasulullah,
hijrah rasulullah memberi cahaya kepada semua umat,
sampai kita menikmati nikmat hijrah rasulullah,
tapi aku sentiasa berdoa ,supaya Allah tetapkan hati aku dan
terima hijrah aku :)
amin..amin....amin...

No comments:

Post a Comment