Thursday, May 12, 2011

wahai TUAN ku.!


pemimpin yang baik akan menjadi penyuluh kepada rakyat.
jika berdiskusi mengenai pemimpin,
perkara ini tidak akan habis diperkatakan kerana ia adalah tabi'ie.
sejak zaman adam sehingga kemuncak islam sewaktu kepimpinan khalifah.
sehingga zaman barrack obama dan juga yop hosni mubarak.
ia tidak habis diperkatakan dan dibualkan.
nasib pemimpin itu sendiri adakala berakhir dengan tragedi. atau komedi.
si rakyat pula tidak putus-putus memohon diturunkan pemimpin dari langit.
persoalannya kenapa tragis?

kisah tragis itu sendiri kerana pemimpin itu ditikam oleh takhta mereka sendiri.
menjadi pemimpin yang suka dipuji dan alah kepada kritikan.
rakyat yang memuji akan diberi harta dan pangkat.
yang memberi peringatan adalah penderhaka.
seperti mereka ALLAH rabbul izzati.
dari pemimpin bermanifestokan kepentingan rakyat itu dan ini.
kini menjadi diktaktor seolah-olah menongkah dunia.
kekuasan melilit leher mereka sendiri di akhirnya.
kekuasaan itu sesuatu yang menggiurkan.
apabila mereka-mereka dan aku-aku ini memikirkan tentang 
PANGKAT. KARISMA. KUASA.
mahunya tak tidur malam.
kuasa juga ibarat gula yang mengawal semut. 
walaupun tersimpan rapi dalam bekas tetapi sang semut tetap mengejarnya.
bermula dari bawah akan mengejar sehingga ke kemuncak.
sifat pula akan menjadi extravaganza dan extra agresif.
semata kerana KUASA.
memetik petikan dari seorang blogger;
menurut beliau:
dalam bahasa AL-mawardi. FI HARASAT AL-DIN WA SIYASAT AL-DUNIA.
memelihara nila-nilai agama dalam mengurus dunia.
sangat mulia.
agama itu memang harus didakwah dan diwujudkan bagi menjadi rahmat dlm kehidupan.
dunia perlulah diterokai sebetulnya 
supaya menjadi ladang kebahagiaan kepada seantero umat manusia.
politik harus dibimbing moral agama.
barulah dinamakan pemimpin dan kepimpinan.

dan.
mengapa komedi?

setiap pemimpin pasti ada sejarah kepimpinan dan kemenangan mereka.
walau 1001 katanya dan penetapannya menyusahkan rakyat 
tetapi masih ada yang menjadi 
ibarat
lembu dicucuk hidung.
kerana tersungkur dalam lembah budaya paternalisme.
dimana pemimpin itu tiada yang salah melainkan benar dan benar belaka.
pepatah mengatakan.
ikan itu busuk dari kepalanya.
namun pemimpin seperti ini tidak sedar ketika mereka menyebarkan bau-bau busuk
kebusukan itu dijadikan wangian dalam kepimpinan.
yang halal menjadi haram dan sebaliknya.
para pemimpin ini akhirnya akan kekal dicalit bau busuk di akhir kepimpinannya.
dan RAKYAT.
kekal menjadi alat kepimpinan mereka dan mereka.


kata si bijak pandai:
belajarlah dari sejarah.
belajarlah dari sejarah khulafa al-rasyidin.
sehinggakan menjadi pemimpin tapi nyawa dalam pertaruhan.
kuasa tidak menjadikan mereka kebal.
dalam sejarah moden kita dapat lihat  
SI CEKAL MAHATMA GANDHI
mahatma gandhi mengajar bagaimana memimpin tanpa perlu pangkat dan kuasa.
jangan seperti layang-layang putus tali.
tidak tahu titik perhentian .
kalau tidak mampu belajar dari mereka.
jangan menjerat diri menjadi pemimpin yang mengumpan diri menempah neraka ALLAH.
LEBIH BAIK JADI ORANG BIASA.
hidup di dunia cuma sementara
:) (:





...aiman menulis dari hati..




No comments:

Post a Comment