Wednesday, May 18, 2011

learn from the history.


bila kita bercakap tentang jati diri.
apa yang kita faham tentang itu.

JATI DIRI ADALAH ELEMEN YANG MENDASARI CITRA DAN IMEJ SEBUAH BANGSA.
IA MERANGKUMI - ADAT,AGAMA,BAHASA,DAN BUDAYA.

this is the thing now.
pembelajaran bahasa inggeri itu tak salah.
tapi pembelajaran bi dalam sains dan matematik itu yang bermasalah.
aku hidup dalam keluarga guru.
pelajar di bandar pun tidak semua boleh catch up what they learned.
inikan pula yang luar bandar.
tambahan lagi yang penduduk asal.
bahasa melayu pun mereka tak fasih.
memang la kita nak mengejar kemajuan.
ada saudara sentiasa berpesan. belajarlah sejarah.
ye memang benar.sejarah mengajar kita.
bagaimana pada suatu ketika dulu bahasa melayu telah menjadi  LINGUA FRANCA.
sesiapa yang datang ke negara ini mesti berbahasa melayu.
dan pada masa tu.tanah melayu menjadi pelabuhan enterpot.dikagumi pelbagai negara lain.
kerana pemimpin masa tu mengekal kan jati diri.
jati untuk menambahkan pengayaan pelajar dalam bahasa inggeris.
cari la inisiatif lain seperti menambah kan credit hour kepad asubjek bahasa inggeris.
atau menambah subjek khusus untuk mengukuhkan penguasaan pelajar 
terhadap bahasa asing.


next is agama.
jangan la isu agama nak dijadikan politik.
bila jadi apa2.menuduh pembangkang menggunakan islam sebagai politik.
memang tak semua pembangkang perfect.
at least.kita lihat ketua pemimpin mereka.
pembangkan terutama pas membawa imej islam dalam diri.
bukan islam yang di jaja.tetapi mereka mengamalkan islam dalam kehidupan.
kita lihat isteri mereka.alhamdulillah cantik bertudung.
bukan saja bertudung malah melabuhkan tudung.
bertudung bukan untuk menunjukkan bonggol atau astro di dahi.
itu lah asasnya.
bagaimana seorang pemimpin yang menasihatkan rakyat supaya bersederhana .
mulutnya berbuih-buih mengatakan islam menyeru supaya bersederhana.
tetapi dalam masa yang sama.isteri-isteri mereka berjoli di luar negara.
tetapi ada juga pemimpin kerajaan yang bagus.alhamdulillah.
dan ada juga pembangkang yang imejnya tercalar kerana tak memelihara agama.
bukan mahu menunding jari.
tapi mereka-mereka itu pemimpin 
yang perlu ada tauladan yang baik baginya.

last but not least are adat dan budaya.
masing-masing agama dan budaya ada adat masing2.
termasuklah melayu.
malah masih ada ramai orang melayu yang utuh mengamalakan adat.
jika tidak masakan mucul pepatah.
biar mati anak jangan mati adat.
haha.
ini sangat kuno.iya. memang itu adat.
tapi bagi aku.adat yang baik boleh dicontohi .tapi jangan sampai mengutamakan adat melebihi agama
kerana adat itu undang2 manusia.
agama ialah undang-undang allah.
kita perlu mengekalkan jati diri kita sebagai melayu dan juga muslim.

contoh ya : 
bersanding.kugiran ketika kenduri kahwin.tepung tawar.
and so whatever.is adat.
bukan adat melayu pun.bermulanya ialah adat kaum hindu.
yang akhirnya sehingga kini menjadi adat melayu.
malah kalau ada yang tak mengamalkan dianggap murka adat la tu.
masya-ALLAH.
kita lihat pula penyusunan islam.
kenduri itu boleh dengan niat sedekah.
tak perlu bersanding dan pengantin baru akan makan di dalam rumah bersama semua ahli keluarga.
boleh pasang muzik.tapi jangan sampai mengganggu jiran-jiran lain.
seeloknya pasang la muzik atau lagu yang elok lirik dan alunannnya
supaya sambil tetamu makan apabila mereka dengar mereka tidak lagho dan 
boleh mendoakan pasangan itu.
tiada nyanyian.atau kugiran.kerana kita lihat ye.
nyanyian dan kugiran kadang2 melawan suara azan.
kadang-kadang sampai tengha malam.
maghrib pun menyanyi.secara tak langsung.dah mengundang kemurkaan 
Allah.
biarlah orang kata perkahwinan itu sederhana.
untuk bahagia bukan keredhaan manusia yang kita cari.

contoh lainnya ialah.
tuntutan bersalam.
islam mengajar kita memuliakan ahli keluarga dengan salam dan cium tangan.
itu pun tidak termasuk ipar dan sepupu lelaki.
dan guru yang mengajar kita ilmu allah.
itu sahaja yang kita perlu salam dan cium tangan.
ini ilmu baru yang aku belajar dar seorang ustazah ahad lepas.
katanya .kawan-kawan perempuan emak.
guru-guru perempuan yang non muslim or muslim.
tak perlu cium tangan.
salam sahaja dengan mengikut adac-adab salam.dah cukup.
memang islam itu lengkap dah disitu.
tapi adat melayu pulak.mengajar kita supaya bersalam dan bercium tangan dengan yang lbih tua.
jadi di situ tak salah bagi aku.
untuk guru bukan muslim pun tak salah cium tangan bagi aku.
kerana secara tak langsung kita menunjukkan teladan muslim yang baik.
dakwah melalui tindak tanduk kita.

jadi terpulang.
untuk mengekalkan jati diri bukan 1 perkara yang mudah
tambahan dalam dunia era globalisasi.
ramai anak pasca merdeka semakin terikut dengan trend barat.
ingat lah anak muda..
wahai tunggak negara nadi bangsa.
just be ourself.
jadi diri kita.bangga dengan siapa kita,
melayu bukannya meLAYU yang mudah lupa 
seperti yang dikatakan oleh dr.mahathir.
kalau melayu itu sendiri berubah cara pemikiran dan cara bertindak.
:)
..aiman bersemangat patriotik..
:)






No comments:

Post a Comment