Tuesday, January 31, 2012

1112

biarpun perisitiwa ini sudah lama berlalu,
tapi peristiwa tu sentiasa bermain di minda aku,
malam 31,
aku dan kawan-kawan lain,
ibarat pelarian,dikejar, diekori,
sehinggakan selepas solat disoal siasat,
apakah tiada lagi ruang demokrasi  bernafas untuk rakyat macam aku.
yang mahukan keadilan.
oh, malam tu bersama kami,
seorang sahabat..
rupanya dah jadi wanted kawasan itu.
tak hairanlah kami dikejar.

mujur ada yang memberi kerjasama.
terima kasih kalian, memberi perlindungan.
sampai sekarang, masih berlegar-legar soalan khalid.
"deqman, dah sedia mental dan fizikal"
selepas kutempuhi semua.
baru aku faham.
dan detik itu telah mencuci pemikiran aku.
aku tak perlu takut kepada si zalim,
tidak!
malam itu,
kak mastura.. suaminya dibelasah sang zalim,
sehingga rebah dihadapan mata,
aku berteriak melepaskan kemarahan...
air mata aku dah laju mengalir,
dalam tidak sedar, ku caci sang zalim.
namun kak mas disebelah, diam, tidak menitkkan air mata,
sepanjang detik itu, dia cuma menyebut "ALLAH"!
kusanjung ketabahan kak mas.sudah dia nekad.tidak akan tumpah air matanya demi perjuangan ini.
malam itu juga,
ramai kenalan baru, yang bersatu untuk perjuangan itu.
tidak dapat diucap dengan kata-kata,
manisnya sebuah perjuangan itu sebenarnya.
kalau dulu aku remaja yang leka dengan dunia,
sibuk mengejar dunia sampai tersimpang jauh dari landasan,
perjuangan ini mengajar aku.
ribuan nilai,yang tidak aku dapat dibilik kuliah mahupun di medan lain.

No comments:

Post a Comment