Friday, October 22, 2010

taska exora

hari selasa ptng aku dah sampai taska..jadi..jika diikutkan  dah hari ke 3 aku berkerja..aku kembali ke tempat ini..aku rindukan anak-anak kecil ini..mereka dihantar ke sini.ibu bapa mereka bekerja,.mencari rezeki untuk membesarkan mereka..jadi..aku terpanggil untuk terus berkhidmat disini .walaupun gaji tidaklah mewah,,tetapi aku tau..nilai kasih sayang yang tak seberapa dari aku lebih bererti berbanding nilai wang ringgit..dari satu sudut..aku memang sayang kanak-kanak..jadi..memang tidak la satu beban untuk menjaga mereka..macam2 kerenah dan ragam mereka..melihat telatah mereka..kadang kala mencabar kesabaran aku,.tetapi tawa riang mereka inilah sebenarnya yang menjadi pengubat keletihan aku..kesunyian aku yang tidak mempunyai adik beradik ni..kalau sebelum ini aku memang sangat lokek dan berkira dengan barang-barang aku..tetapi bila aku dah didik anak-anak ni supaya 'sharing is caring' so aku pun kena la praktik kan..aku tak lama berada di sini..jadi dalam tempoh singkat ni aku berharap sangat aku dapat bagi yang terbaik untuk mereka..ada seorang kanak-kanak yang baru daftar masuk ke taska ni..iskandar namanya..dia dilahirkan tidak sesempurna yang lain..memang mula2 aku rasa susah sangat nak faham iskandar..takut pun ada..tapi..dah hari ke3 ni..bila aktiviti petang dengan budak2 ni..aku ajar menyanyi dan menari,,aku ajak iskandar join the group..aku tak harapkan apa-apa..aku cuma berharap dia ceria..dan yes,,.!dia pun mengikut rentak kawan2 yang lain..aku sempat merakamkan aksi iskandar..tapi maybe next time aku try download sebab tak bawa usb nak sambung kan...dan bila aku tengok iskandar..aku sedih..macam mana dengan masa depan dia..apa pun aku doakan yang terbaik2 untuk semua anak-anak taska exora..semoga jadi anak soleh dan solehah..amin...

No comments:

Post a Comment