Tuesday, January 4, 2011

inilah realiti keadilan

assalamualaikum..

macam mana nak digambarkan minat aku sangat mendalam terhadap politik...
mereka selalu menghalang aku..
kata mereka aku masih mentah..
setahun jagung cuma..
belajar pun tak habis..
umur pun tak cukup untuk mengundi..
jadi apa..?
sampau bila kita nak jadi remaja yang tak ambil tahu
sampai bila kita nak jadi remaja yang hanya pejam mata dan lena di negara sendiri...
bak kata jurulatih di plkn..
negara kita sedang mengalami serangan anasir luar dan dalam negara..
jadi kalau bukan kita sebagai remaja yang menjadi pasak negara untuk alert dengan semua ini..
siapa lagi yang mahu kita harapkan?
pekerja asing yang datang di negara kita?
atau pelancong yang cuma bertandang sehari dua?
jadi aku rasa kita perlu dan perlu ambil tahu,...
tak perlu lah berkempen di universiti..
study is priority...
cukup sekadar kita ambil kira dan alert dengan dunia sekeliling..
politik tak jijik..tak kotor..
manusia itu sendiri yang merosakkan politik itu..
siapa kata politik tak ada kena mengena dengan kita ..?
siapa kata itu kerja menteri?
siapa kata itu hal mak ayah..?
siapa kata itu urusan orang tua-tua?
sedagkan kita akan di soal disana nanti..
pemimpin bagaimana yang kita pilih...?
kalau kita masih tak peduli..kalau kita masih pejam mata..
mungkin sekarang anak muda tak tahu..
sebab rata-rata masih menadah tangan meminta duit ibu ayah..
mengharapkan simpati ibu ayah..
pernah ke rakyat-rakyat yang megambil jalan tengah fikir...

        sampai bila minyak nak terus naik harga sedangkan kita ada petronas?
        sampai bila kita nak naik bas bila bercuti di kampung sebab harga minyak dan tol terlalu tinggi?
         sampai bila kita nak makan kuih tawar sedangkan kita ada ladang gula di malaysia?
        sampai bila kita nak minum air tak bergula sebab tak mampu bayar rm 2.50 untuk sekilogram gula..?
        sampai bila kita sanggup tengok ibu ayah kita yang cuma warga marhaen ni
         mengerah tulang empat kerat untuk mencari duit tetapi harga barang semakin meningkat?
           sampai bila kita sanggup tengok para pemimpin yang bersalah..
         terlepas dari tindakan undang-undang..?
         sampai bila kita nak pejam mata dan terus menghulurkan wang di cermin-cermin tol..
        sedang kan kita rakyat ikat perut untuk hidup di bumi sendiri? 
        semasa harga gula di umumkan harga gula naik...
      kerajaan dengan yakinnya membuat ulasan kenaikan ini tidak memberi kesan kepada rakyat..
        kerana kerajaan pun tengah dalam usaha untuk menjayakan kempen kurangkan gula dalam makanan..
      tetapi...menteri-menteri masih ada yang diserang kencing manis..
       rakyat malaysia bukan cuma rakyat marhaen..
            tetapi golongan menteri juga adalah rakyat di bumi bertuah ini..
        terbayang saya..dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh menteri-menteri..
               santapan semua tidak mengandungi gula.. :)
             bagaimana reaksi mereka?pasti tender catering akan di pecat.. :)
        atau masa tu kita akan mengingatkan menteri ini gula dah kena sorok :)
       situasi nya sekarang..rakyat semakin susah dan susah..
          sedangkan golongan atasan semakin selesa dan mewah dengan hasil tulang 4 kerat rakyat..
                         menarik..!
            teringat aku dengan sebuah realiti tv yang ditayang kan di subuah negara barat..
             pengacara yang sangat berani itu membuat pengakuan bahawa dia tidak akan percaya apa yang
         dijanji kan oleh kerajaan bulat-bulat...
           kerana fanomena di negara itu golongan atasan akan bermewah-mewah.
         golongan pertengahan akan berkerja keras...dan terus bekerja sampai sakit segala urat badan..
       dan kerajaan akan menekankan mereka bahawa perlu tingkatkan usaha kerana
      kadar kemiskinan menigkat..
            sedangkan kadar kemiskinan tidak pernah berhenti..
              masih ada rakyat yang merempat di kaki 5...
                 yang cuma makan sisa makanan orang lain..
            jadi di mana tanggungjawab kita..
      kita rakyat...kita yang menentukan nasib kita..
         

jadi tak salah untuk aku minat dan ambil tahu kerana 
aku akan lebih berhati-hati dan sedar tentang susah untuk hidup
di bumi tanah lahir sendiri  :)

No comments:

Post a Comment