Saturday, August 6, 2011

hati seorang ibu

hati seorang ibu, 
semasa kecil anak ku, 
kau menangis meronta-ronta kelaparan,
di tengah khalayak,
tangisan semakin nyaring kedengaran,
wahai anak,
di tengah khalayak, 
tidak apalah.
ibu campak kan malu ,
menyusukan anak ku.
supaya anak tidak lagi kelaparan

hati seorang ibu,
anak.
kau mahu kesekolah,
ibu mahu kau memiliki serba baru, 
namun tidak ibu mampu,.
kau menangis apabila kehendak tidak dipenuhi.
senyap ibu menangis.
ibu janji,
akan membelikan untuk anak.

segala keinginan ibu penuhi,
untuk anak yang dicintai.
anak tanya dirimu.
apa bakti mu untuk ibu.
tidak ibu pinta segunug emas dan mutiara.
juga bukan ibu damba selautan kemewahan.
jadi lah insan beriman dan berilmu.
yang membantu ibu meniti sirat.
kerana.
kau anak ibu
amanah ibu.



No comments:

Post a Comment