Sunday, August 21, 2011

why and why...


assalamualaikum.
ada 1 cerita.nak bagitahu.
masa ni aku teman datin zarina aka mak andak kesayangan aku.
katanya nak shopping langsir untuk rumah baru.
so. aku pun teman la mak andak..
mak andak ni pulak yang special kalau shopping dengan dia.
dah pusing 1 kl pun..hiayaaaa..
habuk pun tara..
kami dah masuk 3 KAMDAR, dan kedai2 sewaktu dengannya.
nak beli langsir.tapi dia cakap tak berkenan.
haha..
aku dah naik fenin..
:)
then, dah zuhur.kami bergerak ke masjid india untuk solat..
insiden ni berlaku kat sini la..
dekat tempat perempuan..
masa kitorang sampai aku pun dengan selamber badak nya letak kasut aku kat tangga
bukan kat tempat kasut 
* bukan aku tak concern tapi sebab aku nampak ramai letak situ.*
dan aku tak perasan ada signboard or papan tanda.
mula2 ok je.aku duduk kat tangga dengan sepupu, ali imran.
sambil makan2 waffle dengan rasa tak bersalah.
tiba2...
ada makcik ni..
datang2 terus membebel.dengan suara yang KUAT + NYARING.
dia marah orang yang tak letak kasut kat rak.
OMG!OMG!OMG!
aku la antara insan istimewa tu.then mati la aku nak turun bawah nak ambil kasut aku.
sebab mak cik tu mengamuk sakan.sambil tak fikir orang tengah solat kat atas..
dia membebel dan aku lupa nak rakam 
tahap kelantangan dan kelancangan mulut mak cik ni..
aku mula la nak buat muka annoying kat atas tangga..
bukan aku tak respect mak cik tu.
tapi dia sendiri tak respect orang sembahyang.
dah dekat 10 minit dia membebel.tiba2 ada perkara lebih teruk mak cik tu buat.
ada seorang hamba Allah ni free hair.
dengan niat yang suci murni masuk kat masjid untuk solat.
tiba2 masa minah ni nak bukak kasut dan letak kat rak.
mak cik ni jerkah dia.
ayat dia lebih kurang macam ni
" adik, ni kenapa masuk masjid tak pakai tudung. mana boleh masuk masjid tak pakai tudung,
lain kali kena la tahu peraturan masjid, nak sembahyang kena la pakai tudung
and dia start balik enjin dia..bla.bla and bla"
 tak lama lepas tu aku tengok minah tu dengan muka bengang keluar dari situ.
aku rasa nak sound je mak cik tu.
tapi fikirkan aku ni muda lagi dan ada mata lain yang memandang.
aku bantutkan niat aku.
tapi kalau aku pergi lagi mak cik tu kerja lagi. aku nak sound betul2.
bukan aku tak menghormati dan nak bersikap kurang ajar.

1. mak cik tu dibayar untuk bekerja dan jaga kawasan tu.
dan itu bukan alasan dia nak marah tetamu Allah macam tu sahaja.
orang ke situ untuk solat dan dia memarahi orang solat.
dah kerja engkau buat je la..
memang ada papan tanda larangan untuk letak kasut.
tapi tersorok dan aku rasa tak ramai yang perasan papan tanda tu.

2. mak cik tu cakap dia keluar makan kejap je.
balik1 tengok kasut bersepah.
tapi aku rasa masa tu dah lewat untuk makan.
maksudnya aku rasa diluar waktu rehat dia pergi makan.

3. mak cik tu lah no 1 tak hormat masjid.
suara dia boleh didengari sampai atas.
apa persepsi orang luar yang lalu lalang kat situ.
dan apa persepsi pelancong bila tengok keadaan macam tu,
orang datang untuk solat.
ada yang mungkin pertama kali menjejakkan kaki ke situ.
dan tidak biasa dengan peraturan tu.
nak solat, tapi last2 kena maki dengan mak cik bertuah tu.

4. yang paling aku tak boleh terima.
memang la salah kalau tidak bertudung.tetapi siapa kita untuk menghalang orang menunaikan kewajipan?
akak tu ke situ untuk solat.
memang pakai tudung wajib. 
tapi mak cik kena tahu.
solat tiang agama.
bayang kan akak tadi tak dibenarkan masuk masjid.
dibuatnya dia terus tak solat sampai ke rumah sebab malu kena halau dan marah depan orang.
dah berdosa mak cik tu..
dan mak cik tak relevan peraturan masjid tak bagi orang yang tak pakai tudung 
memasuki kawasan masjid.

5. mak cik tu menggunakan alasan.
itu peraturan masjid.
nanti orang atasan marah dia.
mak cik.
kuasa Allah lagi hebat.

dan aku rasa hari tu paling teruk.
seorang muslim menghalang saudaranya menunaikan kewajipan.
sekian.

No comments:

Post a Comment