Wednesday, August 3, 2011

in a morning

pagi-pagi syahdu.
sambil bertungkus-lumus menghabiskan semangkuk bihun tomyam segera.
fikiran aku teringat 1 lagu yang didendangkan oleh kumpulan Brothers.
lagu untuk ibu tajuk diberi.
sayu mengenang pengorbanan seorang ibu.
melahirkan seorang 'kita'
mempertaruhkan nyawa ibu.
membesarkan seorang 'kita' mengerah keringat yang tidak terhingga.
seorang ibu tidak pernah minta di balas jasanya.
sehingga ada antara ibu-ibu ini diabai di hari tuanya.
anak yang ditatang hanyut dalam mencari erti sebuah kehidupan.
kehidupan yang akhirnya bertemu di 1 penghujung.
mungkin setelah tiada,
baru ibu di kenang kembali,
namun tidak mampu kau tatap balik lembut wajahnya.
tidak akan dapat kau pegang jari-jari yang pernah mengusap rambut mu.
tangan yang menggendong mu 1 ketika dulu..
sekujur tubuh yang pernah sakit mengandung dan melahirkan mu..
dimana mahu kau cari ganti ..
tiada yang lebih baik di dalam dunia ini melainkan seorang ibu yang 
allah kurniakan kepada kita..

No comments:

Post a Comment