Tuesday, August 23, 2011

cinta

assalamualaikum.
aku bukan nak cuma menghangatkan apa yang dah hangat semalam
atau menghangit kan lagi apa yang nak hangit semalam.
cuma aku sendiri masih rasa trauma dan takut dengan cerita tu.
untuk menyalahkan adik itu 100% tidak boleh juga
kita tidak berada di tempat dia
dan kita tidak boleh menjadi hakim dikedai2 kopi untuk lancang membuat keputusan terhadap dia.
cuma yang dapat aku simpulkan,
itulah magisnya cinta.
tapi malangnya bukan cinta Allah diletakkan setingginya.
kerana seorang hawa dua adam bercakaran.
________________________
jangan mengulangi peristiwa habil dan qabil.
kerana cinta juga
2 saudara ka
kandung saling membunuh.
______________________________

Allah menganugerahkan cinta dalam keadaan yang cukup sempurna.
dan
sempurna nya cinta jika berpaksikan cinta kepada Allah.
bukan senang mahu barada dalam raudhatul muhibbin.

cinta yang sebenar nya adalah yang mendorong kita
dan menaikkan semangat kita untuk
berjihad di jalan ALLAH.
yang memberikan kita merasakan pengertian hidup.
dan jika sebaliknya tiada lah istilah cinta dan nafsu semata.

______________________________

Kata Ibnu Qayyim dalam Karya Radhatul Muhibbin menyatakan :

"Cinta itu mensucikan akal, menghilangkan kekhuatiran, 
memunculkan keberanian, mendorong berpenampilan rapi, membangkitkan selera makan,
menjaga akhlak mulia, membangkitkan semangat, 
mengenakan wewangian, memperhatikan pergaulan yang baik,
 serta menjaga adab dan kepribadian. 
Tapi cinta juga merupakan ujian bagi
 orang-orang yang soleh dan cubaan bagi ahli ibadah."

___________________________________________

aku tidak layak untuk mentafsirkan dan memberi penghuraian tentang ini.
sekadar meluahkan pendapat.
jika cinta diletakkan di aras utama.
sehingga melupakan
tanggungjawab sebagai anak, pelajar, muslim.
dimana kita sebenarnya.?
fikir2kan.

No comments:

Post a Comment