Monday, March 28, 2011

jadilah seorang tabligh..

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” An-Nahl: 125-




pasti ramai yang masih tertanya-tanya apa itu jemaah tabligh.

secara umumnya :
adalah gerakan mubaligh Islam yang bertujuan untuk mengajak manusia kembali ke ajaran Islam yang kaffah.
untuk mengetahui dengan lebih lanjut serba sedikit tentang jemaah tabligh boleh rujuk


gerakan ini bersih dari unsur politik.
syukur kerana aku mendapat pendedahan tentang tabligh di awal usia.
pak andak aku.
seorang jemaah tabligh yang aktif menyampaikan dakwah semasa zaman bujangnya.
setiap hari ahad mereka akan meninggalkan aktiviti keduniaan dalam tempoh sejam dua.
mereka akan berkumpul di rumah seorang sahabat.
dan adakan majlis ilmu yang dipanggil bayan / taklim,
aku dah mula join dengar bayan sejak sekolah rendah.
memang kadang-kadang tertidur tapi sebenarnya .
perkongsian ilmu ini sangat menarik.

yang menarik nya muslimin muslimat ditempatkan secara berasingan.
muslimin selalu di tempat terbuka.
muslimat dalam rumah dan dipasang tirai.
jadi sahih tiada unsur negatif.
mahupun tiada peluang untuk membuat renungan mata.

dan setiap malam ketika aku tinggal berjiran dengan pak andak.
sebelum tidur.
dia akan datang rumah aku or telefon.
untuk membuat sesi bayan kat rumah :)
kalau aku tak datang.
pak andak akan datang tarik aku bawa pergi rumah dia.
aduh!! tak de chance nak mengelat.

masih terngiang di telinga
permulaan setiap bayan.
"allah maha berkuasa , makhluk tiada kuasa (diulang 3kali),
allah mencipatakan langit dan bumi,alhah ciptakan gunung-ganang 
 allah menciptakan langit tanpa tiang,
allah menciptakan manusia, makhluk- mahluk lain."
lebih kurang begitu starting dia.

di akhirnya.
 aku akan disuruh membuat ulasan dengn apa yang di baca.
kadang-kadang kantoi mengelamun.
:)
masa tu jahil lagi ,
masih kanak-kanak.
sekarang aku rindu untuk mendengar bayan.

 tapi,
kadang-kadang sedih dengan penerimaan masyarakat dengan golongan ini.
seorang sahabat aku,

dengan bangganya bercerita 
" hari tu jemaah tabligh datang rumah aku,
ajak pergi solat,
aku maki diorang.
nak masuk kampung orang jangan buat hal
nak buat baik konon,
ajak pergi sembahyang kat surau,
mana boleh paksa-paksa orang pergi surau la"

termenung aku dengar sahabat aku cakap macam tu.
hm... 
dia kata masuk kampung orang rogol anak dara orang.
tak ke buat masalah?

aku pun cuba membetulkan persepsi sahabat aku.

1. jemaah tabligh itu adalah lelaki.
kalau mereka datang rumah itulah pentingnya didikan islam.
apabila tiada muhrim di rumah,jangan sewenangnya bagi lelaki tak dikenali masuk.
dengan apa yang nak di sampaikan.
tapi biarlah dari luar sahaja.

-mereka ialah tetamu dan kalau mereka datang bawa kebenaran
tapi kita tidak melayan tetamu dengan baik.
dah berdosa.

2. semasa datang tu jemaah ajak sahabat ke surau ,
dah la tak pergi, di maki nya orang tu.
sebabnya manusia sekarang terlalu jauh dengan masjid, surau.
kedai kopi bukak sampai pagi pun penuh.
masjid bukak sampai pagi, ada yang menumpang nanti.
itulah bila salah menggunakan masjid.
manusia hanya mencari masjid bila ada kematian,
kalau di bawah rumah aku,
time hari biasa jarang nampak mak cik-mak cik ke surau. 
selalunya ada la satu saf tapi tak penuh.
tapi esok akan ada mak cik ni datang, tapi first time solat dekat surau.
rupanya datang berhajat.
nak buat kenduri kahwin anak. nak guna peralatan surau.
nak jemput orang-orang surau tolong untuk gotong royong.
bila dah susah baru nak cari surau.


aduh..ni la masalah nya..
aku ingatkan diri aku.
aku bukan manusia sempurna.
tapi bila aku menulis,
nawaitu aku ni.
kita boleh perbaiki sama-sama kelemahan kita.
:)


...aiman mohon maaf...


2 comments: