Thursday, March 24, 2011

mr.D

baik la.
kini tiba pula cinta aku?
cinta?
aku?
baiklah..aku akui aku insan lemah.
tersasar aku kerana cinta.

memang setiap kita menantikan pasangan untuk menjadi teman hidup.
sama ada sudah bersedia atau tidak.
itu persoalannya.
cinta seperti yang di gariskan oleh islam.
tidak semua kita dapat menyempurnakannya.
termasuk aku, dan walaupun aku cuba untuk berubah.
dan terus berubah.
ya-Allah aku perlukan kekuatan itu.
aku pernah gagal menyempurnakan tanggungjawab kepada-Mu.
aku ingkar mengikut garis panduan cinta yang telah engkau syariatkan.
dan mungkin kerana keingkaran aku,
maka tiada cinta manusia itu lagi untukku.
sejenak aku lantas terfikir.
ini lah cinta Allah kepada aku.
Allah menyedarkan aku bahawa masih ada lagi cinta-Nya 
kepada aku hamba hina ini.

syukran ya-ALLAH..
bermula itu aku mencari sesuatu yang pasti dalam cinta aku.
aku kembali kepada mu ya Allah.
hati ini aku serahkan kepada mu.



2 comments: