Monday, March 28, 2011

nasib kepala :)


salam.
:)
aku nak tulis tajuk ni pun segan.
tapi tak apa la.
anggap ini peluang untuk aku juga perbetulkan diri.
:)
tudung tajuk aku pilih.


kita bangun pagi-pagi.
bersiap nak meneruskan rutin.
sebelum keluar si wanita-wanita.
akan kehadapan cermin.
5 minit..
10 minit...
15 minit...
20 minit...
30 minit.....
ok siap!
tengok  jam.....arrrrrrrrrrrghhh..!
jam 9. masuk kerja pukul 9.30.
aduh, kalau tak kerana nak melawa punya pasal, dah lama aku pakai tudung ala cart je.
ha! dah salah dah tu.
haha.
ingat ye ukhti-ukhti ..
innama a'malu binniat.
pakai tudung kerana fesyen atau tuntutan agama?
 kalau diatanya sekarang kepada umum.
kenapa pakai tudung.
kita akan dapat beberapa jawapan .

1. entah. semua pakai aku pun pakai la.
2. aku pakai tudung sebab lagi stylo bila pakai tudung.
3. kawan-kawan pakai aku pakai.
4. sebab uban kat rambut mak cik dah macam topping vanilla je.

hmm..
sepatutnya jawapan nya begini ukhti-ukhti.
aku pakai tudung lillahitaala.
kerana ia menjadi kewajipan kita menjaga syariat agama.
:)

kalau dulu aku pun pernah melilitkan selendang di kepala.
tapi bila aku tengok semakin ramai yang berselendang.
dan pemakaian selendang ni seperti dah menukar niat
dari bertudung kerana allah.
kepada bertudung untuk trend.

aku tekad untuk elak pakai selendang.
supaya aku tetap atas nawaitu.
aku memilih untuk memakai tudung bawal.
walaupun mereka kata 'old fashion'
ada aku kesah? :)







biarlah mereka kata tudung bawal old fashion.
persoalannya,
bertudung kerana trend atau agama?
tak salah berfesyen.
tapi jangan sampai jadi hamba fesyen :)

..aiman not perfect too..
:)

4 comments: