Wednesday, April 6, 2011

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
hmm..
tajuk kita pada malam ini ialah SALAM
maksud aku di sini ialah penggunaan salam dalam kehidupan seharian kita.

situasi yang digalakkan untuk memberi salam :

Situasi 1
ORANG 1 : Assalamualaikum
ORANG 2 : Waalaikumussalam

Situasi 2
ORANG 1 : As-salam
ORANG 2 : W’salam

Situasi 3
ORANG 1 : Assalamualaikum Warahmatullah
ORANG 2 : Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Wamaghfiratuh Waridhwanuh..

*selalunya situasi ke2 sering digunakan.


Janganlah jadi orang ke-empat dan ke-lima seperti yang dibawah ni..

Situasi 4
ORANG 1 : Assalamualaikum
ORANG 2 : W’salam
Situasi 5
ORANG 1 : Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Wamaghfiratuh Waridhwanuh..
ORANG 2 : W’salam..


___________________________________________________________

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN “SALAM”?
 apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:”Salam (selamat tinggal)”. Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

Ulama’ tafsir meletakkan “salam” dalam ayat itu sebagai Al-Musalamah / Al-Mutarakah, iaitu bermaksud selamat tinggal.. Manakala “salam” bagi orang mukmin pula diletakkan sebagai salam at-Tahiyah, iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.. Nak larang orang menggunakan perkataan “Salam”? Wahhh, boleh tercemar akidah di situ, kerana “salam” itu merupakan salah satu nama-nama Allah Yang Maha Mulia (Asma’ul Husna)..

cuba perhatikan pula kalimah salam ni pada ayat-ayat lain yang terdapat dalam al-Quran..


سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬
Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)


إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ
Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: “Selamat sejahtera kepadamu!” Ia berkata: “Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu”. (Al-Hijr 15:52)


Salam adalah sebagai lafaz takzim (memuliakan) kepada para Nabi, adakah Allah kata “selamat tinggal” kepada Nabi-nabi tersebut? Maka, inilah kesilapan sebahagian besar masyarakat kita dengan mengambil sebahagian daripada agamanya dan meninggalkan sebahagian yang lain.. Contohnya, Allah menghalalkan yang haram apabila keadaan menjadi darurat, maka terkeluarlah kenyataan oleh orang yang ‘jahil’ dalam agama seperti yang berlaku di sini dengan mengatakan.HUKUM HUDU TAK RELEVAN!!!  . Na’uzubillahi min zaalik, semoga kita tak tergolong dengan golongan segelintir 'ulama' ini, ..


ops! tak berniat nak berpolitik tapi ini berkaitan agama kita :)

kesimpulannya, tak salah kalau nak menggunakan “salam” atau “as-salam”, maknanya sama dengan Assalamualaikum, tapi yang paling bagus mestilah salam yang sempurna kan? Lepas tu, kalau orang lain bagi Assalamualaikum dekat korang, jangan jawab wsalam je, hormat lah orang tu kalau boleh.. Sebab dalam hadis nabi ada cakap, jawab salam mesti lebih baik ataupun yang sama dengannya.






...aiman nak cuba berubah..


No comments:

Post a Comment