Thursday, April 14, 2011

untuk mu...


salam.
:)
saja je aku letak gambar adik mia kat atas.
nak cakap aku tengah bahagia.
dengan boyfie??
eyuwww..
no la..bahagia dengan my lovely blog.
ok back to the point.
ni yang sebenar-benar nya aku nak cerita


 seronok kalau cerita pasal kahwin kan?
kan kan kan??
tapi kahwin kali pertama memang seronok.
mendirikan rumahtangga dengan orang yang kita sayang.
bersedia untuk komitmen.
melatih menjadi perdana menteri keluarga. dan timbalan perdana menteri
dalam usaha melahirkan kabinet yang berjaya.
2 orang menteri selalu berbincang untuk mencapai kata sepakat.
yang jadi tak best bila perdana menteri nak tambah timbalan baru.
katanya sunnah.
mak aii..pandai guna agama.
perdana menteri,
tahu tak perdana menteri ada 7 sunnah yang lebih utama kita kena jaga.

-pertama ialah tahajjud kerana kemuliaan seorang mukmin terletak kepada tahajudnya
-kedua ialah membaca al-qur'an beserta pemahaman.
-ketiga ialah jangan tinggalkan masjid terutama waktu subuh.
-keempat jaga solat dhuha.
-kelima ialah jaga sedekah setiap hari.
-keenam ialah jaga wudhu'
-ketujuh ialah amalan istighfar setiap saat.

kalau tujuh sunnah yang nampak simple ini susah nak buat.
macam mana dengan sunnah yang ITU.
bukan nak bersangka buruk pada sesiapa .
aku juga tidak menunding jari pada sesiapa.
tapi wahai perdana menteri-perdana menteri.
tepuk dada kamu,tanya iman kamu.
cuba listkan dan tick mana yang setiasa menjadi amalan kamu.
kalau lengkap.alhamdulillah.
kamu boleh melakukan sunnah seterusnya yang tanggungjawab dan kepimpinannya.
2kali ganda dari sunnah di atas.
:)
bab cari timbalan ke 2 memang perdana menteri ni pandai berkata-kata.
  pandai juga menyalahkan naib timbalan kerana bersikap emosi dan tidak memahami.
bukan aku nak menidakkan hukum ALLAH.
hukum ALLAH itu sifatnya universal.
tak luntur dek clorox.tak lekang dek radiasi.
tapi sejauh mana kemampuan diri.
kalau rumahtangga dibantu timbalan menteri.
dah senang lupa diri.
tinggal saja anak bini.buat mereka menanti-nanti.

haha.
:) 
ini bukan cakap emosi 
tapi ini realiti masa kini.
konon membela nasib wanita.
mak janda merata-rata.
wanita miskin masih ada.
anak dara bergetah juga yang di jaga.
amik pakai tak mahu buang.
pandai pula berkata -kata. 
rasulullah pun kahwin perempuan muda.
sedar kah kau.rasulullah kahwin atas arahan ALLAH.
tahu kah kau kisah ummu salamah masa dipinang rasulullah.
jangan nak menyamakan kamu-kamu dengan habibullah.

masih tertanya kisah ummu salamah 
tekan link bawah
 bukan mahu berceloteh kosong.
tapi sunnah mesti dijunjung.
jangan mahu sunnah berpoligami.
tapi tanggungjawab tidak menjadi.
.....................

aku bukan menolak hukum allah
poligami itu tidak salah
yang wanita masa kini marah ialah mana tanggungjawab selepas menikah.
ada yang baik sempurnakan tanggungjawab.
tapi boleh dikira dengan jari kaki.
sebelum nak buat tanya diri.
kalau isteri pertama tak tututp aurat tak mampu ubah.
isteri kedua pun tak tutup aurat.
anak-anak kacau bilau
mak ang.mana ang nak jawab kat akhirat esok.
ada 1 keluarga saudara sekampung.
si suami sangat zuhud.
mengahwini janda  lebih usia.
adil saksama memang berwibawa.
tapi dalam kampung itu baru keluarga pertama.
yang lain tak dengar serita.
dah terlebih berkata-kata.
nak berhenti dulu.
letih.


...aiman puas! :)...













2 comments: