Wednesday, April 13, 2011

my ancient time


salam.
post kali ini aku nak kongsi cerita masa kecik-kecik dulu.
kita semua mengalami zaman kanak-kanak yang berbeza.
begitu juga aku.
dan proses aku membesar
boleh aku kategorikan dalam proses :

 DISIPLIN. 

itu istilah tepat nya.
ini menjawab persoalan kawan-kawan dan mereka-mereka
yang suka sangat buat statement

'KAU ANAK TUNGGAL ,
MANJA DO.
APA NAK DAPAT,
ROTAN NAK HINGGAP LAGI SUSAH.'

aku nak je jawab.
ko ke yang keluar dari perut mak aku =.=' ?
jawab sikit.

1. zaman aku tadika dulu,petang-petang aku dilarang sama sekali 
bermain di taman permainan selepas waktu sekolah.
kalau aku balik dengan peluh-peluh dan baju kotor.
yes!! hanger dah lapar nak rasa bontot aku.

2.kasut aku mak aku basuh. ok itu bukan manja.
mak aku cakap aku basuh tak bersih.
tapi kalau hari isnin pergi sekolah balik kasut dah kotor.
maka telinga aku akan rasa nak tercabut dengar bebelan 
mak aku yang tak sudah.

3. aku dibekalkan dengan 2 batang pensel 2B,
satu pemadam dan 1 pembaris.dan 1 MALAYSIA masa tu tak wujud lagi.
kalau balik tak cukup.mak aku akan suruh cari balik dekat kawan-kawan
yang duduk sebelah aku,
menangis-nangis keesokan harinya masa aku merayu kat mak aku
pensel tu dah tak ada.
apalagi..
pok pek..pok pek..

4.semestinya la benda yang sangat mak aku bising sampai sekarang.
PEPERIKSAAN.
kalau dulu masa zaman sekolah rendah aku.
setiap tahun MAJLIS ANUGRAH CEMERLANG
mesti ada muka aku.
bukan bangga, tapi nak cerita.
disiplin yang mak aku titikberatkan dan sebab tu aku boleh bersaing dengan
kawan-kawan yang pintar-pintar belaka.
kalau markah ujian, eleh ujian je pon.
turun ke angka 80an...
maka 1 undang-undang darurat akan dikeluarkan.
tambah waktu belajar.
aku pun akan belajar sambil menangis-nangis nak tengok tv.
jangan harap.!
mak aku diktaktor hahha

5. kalau masa kecik-kecik  dulu, 
kalau mak aku marah.
tak boleh melawan. itu pantang nenek moyang nombor 1.
kalau dia tengah mmbebel.
aku tarik nafas panjang 
aku tarik muka.
atau aku buat-buat mengeluh.
lepas tu bukan mulut yang bercakap.
tangan dan hanger yang bercakap.

ha itu la.
korang bukan anak mak aku .
apa korang tau,
adik-adik saudara aku yang buas-buas pun akan dihantar ke rumah aku.
untuk mendapat didikan mak aku.
sampai sekarang.
walaupun mak aku dah retired jawatan mak ngah singa
tapi khidmat mak aku masih diperlukan dalam keluarga.
hahhaha...
tapi walaupun macam tu ku rindu zaman kanak-kanak aku.
sumpah aku rindu.!





..aiman nakal jugak..

2 comments: