Thursday, April 7, 2011

ayah , i really miss you


assalamualaikum w.b.t
i might not a good daughter for you.
but 
i will always grateful to have a dad like you.



ayah.
bapak.
apak.
papa.
daddy.
abah.
babah.

apa-apa sahaja yang korang gelar ayah korang,
itulah ayah kita.
dan itulah ayah yang terbaik Alah kurniakan kepada kita.
kita sering mendendangkan lagu ibu.
malah matluthfi90 pun dah siap buat video hari ibu.
tapi matluthfi90 tak buat video ayah lagi.

ada beberapa perkara yang kita sering terlepas pandang tentang insan bergelar bapa.


1. masa kita kecil, ibu lebih kerap dukung kita, tapi dalam keadaan letih,
ayah setiap hari akan bertanya apa yang kita lakukan hari ini.

2. bila umur kita setahun, ayah akan kehulu kehilir melayan kerenah ibu untuk menyambut
ulang tahun pertama kita.

3.apabila kita menjejakkan kaki ke alam sekolah ketika berumur 5 tahun.
ayah akan berpesan ;
"belajar rajin-rajin. ayah sayang adik"
dan bermula dari saat itu dia akan bekerja keras untuk permata hatinya.

4.ayah lah yang paling kuat membebel kalau kita tidak sihat.
" dah pesan dah jangan minum ais. jangan main hujan,"
dimalam itu,ayah juga tidak tidur lena dan menjenguk kita dibilik.
dan dengan perlahan bersuara:
"maafkan ayah, ayah tak bermaksud nak marah adik,
ayah risaukan adik sebab adik anak ayah dan ayah sayangkan adik".

5. apabila kita meningkat remaja.
kita sering memberontak untuk keluar malam bersama rakan sebaya.
akhirnya,
ayah benarkan dan meletakkan kepercayaan kepada kita.
lewat malam kita masih belum pulang.
adakah kita fikir ayah lena dibuai mimpi 
sedangkan ahli keluarganya tidak semua berada di rumah?

6. apabila kita ingin melanjutkan pelajaran selepas sekolah menengah,
ayah lah orang yang paling gembira.
namun di sebalik kegembiraan itu.
dalam hatinya sering risau.
risau kerana tidak mampu untuk menyediakan segala keperluanmu.
kehendak itu dan ini anaknya sebolehnya di penuhi.
tapi adakah kita juga sedaya upaya memenuhi tanggungjawab kita.?

7.apabila berjauhan.
ibu seringkali menelefon kita.
tapi kita tidak sedar.
ayahlah yang menyuruh ibu bertanya khabar anaknya.

8.apabila kita sudah dewasa dan bekerja.
ayah masih risau apabila kita mula berdikari.
walaupun usia meningkat ke angka 20.
bagi seorang ayah.
kita masih lagi seperti anak kecil yang berusia 5 tahun 
yang memerlukan perlindungannya.

9.apabila saat kita hendak berkahwin.
ayah telah menjadi wali kita.
dengan berat hati ayah berpesan kepada suami.

"tolong jaga anak ayah baik-baik,
dialah segala-galanya bagi ayah,
Dulu esakannya sandar di bahu ayah
Tangisannya kini ayahserah padamu
Bukan bermakna dia bukan milik ayah lagi
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya"



10.kini ayah tiada sudah tidak berdaya.
duduk nya menanti malaikat memanggil.
menanti kepulangan anak dan cucu.
ayah tidak pernah meminta jasanya dibalas.
malah ayah tersenyum melihat kejayaan 
dan kebahagiaan anaknya.

tapi..
apakah jasa kita kepada ayah??

 ucapkan lah selamat hari lahir kepada ayah kita.
jangan malu untuk mencium dahi ibu dan ayah kita.
jangan tunggu sampai ayah berbalut kafan 
baru nak cium ayah dan ibu.
masa tu tiada apa lagi yang tinggal.
hanya penyesalan.


al-fatihah buat ayahanda.
Mohd zainal isa bin ibrahim.
semoga ayah tenang disana.

....aiman sedih.. 
:(






2 comments:

  1. al fatihah . jangan sedih2 . aku ade . kalau ade ape ape masalah kongsi2 laa . tula gunenye kawan . kite kan da kenal laama dr sekola lg :)

    ReplyDelete
  2. ala...saje je terfeeling..ok2 tq2 :)

    ReplyDelete