Friday, November 26, 2010

buatmu ummi

seorang insan bergelar ummi..
bergadai nyawa melahirkan aku..
memikul beban sebagai ibu dan ayah..
membesarkan aku tanpa jemu..
walau perit namun ditelan jua..
aku terkenang kembali waktu itu..
tika aku di alam persekolahan..
baru melangkah mengenal dunia..
tanpa jemu setiap hari..
kau akan menyemak buku-buku sekolah ku..
kau menyelak setiap helaian buku itu..
memastikan kerja aku siap,kemas dan teratur..
tapi..aku benci..kenapa kau peru buat bergitu..
pernah tangan aku penat menulis..
tulisan aku bertukar seperti cakar ayam..lalu..
kau koyakkan muka surat itu..
dan malam itu aku didenda ..menyalin semula kerja itu..
aku pun menurut dalam tangisan..
tangisan penuh kebencian..!
dunia persekolahan aku semasa kecil..
bagiku sangat lama..
sehari ibarat setahun..
hari-hari kau mengatur perjalanan hidupku..
disetiap hari cuti..tiada istilah rehat dalam rutin harianku..
seawal jam 6.30 aku sudah dibangunkan untuk menunaikan fardhu..
kau menyiapkan sarapan...seawal jam 7 kau akan duduk disebelahku di meja belajar..
aku tiada ruang untuk bersosial,,bermain berkejaran bersama rakan-rakan ku..
aku tidak di benarkan ke padang sesuka hati setiap petang..
mahupun bermain di depan rumah ..
kadang-kadang hatiku meronta-ronta untuk bermain..
namun apabila mengenang betapa garang nya ummi aku..aku pendamkan sahaja..
ketika aku berusia 9 tahun..
keluarga kita berantakan..
aku mengalami pergolakan jiwa yang maha hebat..
keputusan peperiksaan aku merudum jatuh..
cikgu memberitahu ummi tentang kemurungan ku..
ummi menasihati aku..tugas aku cuma belajar..
masalah orang tua jangan difikirkan..
argghhhhhhhh....aku bosan..belajar..belajar.............
namun dek kerana takut...
aku akan dimarahi meskipun keputusan aku menurun ke angka 80/100 untuk setiap subjek
ummi akan membuat strategi baru..iaitu..
menambah waktu belajar ku..
sehingga pencapaian ku meningkat ke angka 90 dan keatas..
akhirnya..aku akurkan sahaja..aku mula berfikir secara positif..
apabila aku menjadi salah seorang calon pelajar cemerlang jpwp..
mungkin ini yang ummi mahukan..kejayaan aku..
bila aku melangkah ke alam remaja..
aku menjadi seorang remaja yang sangat nakal..
jiwaku sering memberontak, dendam , dan segala anasir jahat menghantui aku..
aku mula berubah..
duduk di asrama dan berjauhan dengan ummi..
aku mula berubah memilih jalan yang salah
dan pada 15/3/2005...ayah aku meninggal dunia..
dan pergolakan jiwa aku maha dahsyat..
menjadi-jadi perangai aku..
3tahun aku membazirkan masa aku..
melupakan tanggungjawab aku sebagai anak untuk belajar..
namun aku bersyukur..
Allah memberi peluang kepada ku untuk berubah,,
aku dibawa untuk tinggal di kampung..bersama mak uda dan opah..
aku mulakan azam baru..
aku bersyukur ahli keluarga ku masih memberi sokongan kepadaku...
ummi juga tidak jemu memberi sokongan kepada aku..
walaupun aku dah banyak melukakan hati dia..
ummi juga mula berubah..
dari seorang ibu yang garang dan menakutkan..
ummi menjadi seorang ibu yang memahami dan friendly..
aku selesa untuk berkongsi perasaan aku dengan ummi..
kalau dulu aku lagi percayakan kawan-kawan dan akan meluahkan semua kepada kawan-kawan..
semasa aku hendak menghadapi spm..
ummi akan mengejutkan aku seawal jam 3 atau 4..
aku akan melakukan solat sunat dan belajar..
itulah rutin harian ku..
ummi tidak disebelahku lagi..mengajar aku..
tapi dia akan bangun seawal 3 pagi itu..
membancuh air kopi...mengupas buah..memberi kepada ku..
katanya supaya aku tidak mengantok..
aku turutkan sahaja...
sebelum ke sekolah...hidangan nasi goreng atau roti canai pasti ada di atas meja...
katanya supaya kat sekolah pagi-pagi aku tak lapar dan fokus untuk belajar...
aku berjaya menempuh spm dan keputusan yang aku dapat..walaupun tidak la cemerlang..tetapi itu lah usaha aku..
ummi terima seadanya..
dia tidak lagi demand untuk menetapkan berapa yang harus aku dapat..
lepas spm..aku dihantar ke sandakan sabah selama 3 bulan menjalani latihan khidmat negara..
berjauhan dengan ummi...
sebelum ke sana,aku dan ummi tukar handphone..
kami beli w880i ..dilengkapi 3g kerana mudah nak buat panggilan video apabila berjauhan..
3bulan aku jalani dengan tenang..
pulang dari sabah..
aku bekerja...menampung perbelanjaan aku sendiri..
tidak mahu mengharapkan ummi....
kemudian aku bersyukur aku dapat menyambung pelajaran di uitm dalam bidang asasi undang-undang di kedah..kedah?
yes..
aku berjauhan lagi dengan ummi..
sebelum aku sambung belajar pada mulanya..aku sangat berat hati..
aku ni tak ada ayah..ummi tak bekerja..harapkan duit bantuan..oh..!!
pastilah aku harapkan mak cik dan pak cik ku untuk bantu aku belajar..
dan mampu kah aku memberi yang terbaik jika mereka dah buat pelaburan yang banyak untuk aku..
masa tu aku rasa sangat down..aku dah putus asa untuk belajar..
tapi opah,mak uda dan mak long sanggup membiayai pengajian aku..
dan aku berysukur..
aku juga dibekalkan elaun dari kptm..
aku teruskan usaha aku...
aku belajar..belajar..kini..di uitm ni..
aku ubah diri aku,cara pembelajaran aku..aku jadi lebih gigih berusaha..
kalau hasutan malas berbisik..aku ingat pengorbanan ahli keluargaku..
opah aku yang melabur ribuan ringgit untuk yuran pengajian dan belanja bulanan ku sebelum elaun aku masuk..
mak uda pula memberi kemudahan laptop kepada aku..
semua itu memotivasikan aku..biarlah aku sahaja yang rasa kepertian ini..
aku tidak mahu generasiku rasa apa yang telah aku lalui..
ummi pula membenarkan aku menggunakan brodband untuk memudahkan pembelajaran aku..
kerana kadang-kadang perkhidmatan wireless tak mampu menampung bilangan kami..
ummi memberkalkan aku rm100 untuk membayar brodband aku dan belanja..
aku tahu keperluan ummi tidak cukup..
tapi ummi tetap ummi..keperluan aku menjadi keutamaan...
final menjelang..aku bersengkang mata untuk mendapat yang terbaik dalam exam..
akhirnya....aku mendapat pointer 3.4 untuk sem 1 aku..
family aku mengucapkan tahniah atas pencapaian ku...
sebenarnya aku anak tunggal dan aku cucu ke 2 besar dalam famili ummi..
jadi aku yang ke 2 melanjutkan pelajaran ke ipta..
persaingan sesama sepupu tidak sengit san aku menjadi contoh kepada sepupu-sepupu kecilku..
itu menjadi kekuatanku untuk berusaha juga..
tapi ummi tak puas hati..
dia mengaharapkan lebih dari 3.4..
dia dah tetapkan sem 2 mesti 3.5 and above..dekan dan 4rata itu yang dia nak..
aku pening...yang menyebabkan aku jatuh ialah bahasa inggeris aku...
aku cuma dapat b,b- untuk subjek english..
susah nya nak skor a..aku sedih juga..semasa di sekolah ,sekolah menegah.pencapaian bahasa inggeris aku
di tahap selesa..
tapi sekarang aku malas mahu membaca medium bahasa inggeris..
cuma mengharapkan lagu-lagu..dan movie..
namun aku akan usahakan untuk ummi..
yes..!insya-alah sem ni 3.5 and above..
ummi tetap ummi..
ummi tetap ummi..
walaupun ummi aku bukan lah lulusan doktor..
bukan lah seorang guru...
bukan lah seorang pemimpin masyarakat..
tapi dia adalah ummi aku..
yang mendidik aku dari kecil...
yang bersengkang mata menjaga aku dari kecil sampai sekarang..
kalau aku nak periksa..
setiap malam dia tidak lupa sembahyang sunat supaya aku berjaya..
ummi aku sanggup melupakan kepentingan dirinya untuk aku..
ummi aku bukan lah pahlawan..
tapi dia gagah menjaga ku sampai aku dewasa...
walaupun ayah jauh..
ummi masih menjadi seperti pahlawan yang membantu anak nya di medan perang..
perang kehidupan yang penuh cabaran..
ummi..
aiman bukanlah anak solehah sepeti yang ummi dambakan ..
tetapi aiman akan sedaya upaya berusaha untuk berjaya..
dan membela nasib kita ...
aiman akan jaga ummi sehingga ke hembusan nafas terakhir aiman..
insya-Allah.....
terima kasih ummi..
aiman tahu...aiman bukanlah anak yang murah dengan ucapan terima kasih dan maaf..
tetapi biarlah ucapan itu aiman tukarkan untuk berbakti kepada ummi 1 hari nanti.,.. insya -allah.....

amin...

No comments:

Post a Comment