Monday, November 15, 2010

dilanda kebosanan tahap band 6

dah pagi ni..mata masih lagi segar, teringat pulak lagu kumpulan in-team "sesegar hijau daunan.." aku masih lagi bersantai ditemani lappy kesayangan pemberian mak uda, bersama-sama blog dr,faisal tehrani yang mengandungi banyak infomasi berguna dan sambil-sambil juga im dengan sahabat di yahoo messanger "hafis ahmad" yang semenjak dua menjak ni, rajin berkongsi info bersama aku, terima kasih friend :) dalam bosan-bosan ni, ada juga la sahabat sudi berkongsi cerita, facebook juga tidak lekang untuk digodam seharian.. itulah nama nye kalau dah 'addicted' tapi,melalui semua ini banyak aku dapat ubah diri aku, 1. aku menggunakan perkataan yang baik-baik dan enak-enak serta ejaan penuh,setelah seorang sahabat ,saudara aku di insaniah, menegur sikap orang malaysia yang suka memendekkan ejaan apabila menulis,sahabat tu memang sangat tinggi nilai patriotisme nya. 2. aku menjadikan facebook dan blog ni sebagai medium untuk aku meluahkan isi hati,ilmu pengetahuan.dan sebagai platform untuk muhasabah diri,. aku ni orang nya berjiwa keras .. tapi melalui penulisan,aku mampu termenung kerana hebat nya tempias seorang yang bergelar penulis..!

No comments:

Post a Comment