Thursday, November 11, 2010

tugu oh tugu..

pasti semua sedia maklum negara kita mempunyai banyak tugu. Antara yang terkenal semestinya la tugu negara. Namun tanpa kita sedari ada hukum tersirat yang mungkin kita terlepas pandang. Mari sama-sama kita berkongsi ilmu ini.


-Tahukah kawan-kawan bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa ' segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram.  Ciri-cirinya menyerupai berhala dan melawatnya juga adalah haram.. '


- Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang, pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja., tiada tindakan undang-undang yang boleh diambil... 


menurut ustaz Harun Din, tugu ini boleh mendatangkan syirik.




kata-kata terakhir dari beliau ialah;


' bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarah pon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu...' dan kata beliau lagi... ' walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik...' 

No comments:

Post a Comment