Saturday, November 13, 2010

hari yang menggerunkan

pagi-pagi lagi aku dah bangun,menggeliat ke kiri..ke kanan..aku tak rasa segar sebab hari ini hari yang mendebarkan dan pasti aku akan berperang menggunakan pen-pen dan kertas-kertas..!yes..!hari ini..MUET writing,lisening dan reading. Oh..!awal-awal lagi aku dah termenung sampai tembus dinding rumah mak uda, dalam hati aku dah berkata-kata "what will happen to me? can i pass this muet,or i must get ready for next year?" mak uda aku hantar aku dengan penuh harapan..aku pun turun dengan penuh debaran berlagu di dada..
aku tak pasti mampu kah aku menyempurnakan peperiksaan aku dengan sempurna dan dengan penuh rasa puas hati seperti aku menjawab paper sejarah masa spm atau paper law..? aduh..tu dialog aku masa pagi2 tadi,
sekarang dialog aku dah bertukar sangat-sangat,

bunyinya macam ni tau "apa la nasib aku,tu la ummi suruh buat persediaan ,buat sambil lewa, waktu periksa ni pulak la sakit-sakit,tak selesa pulak,cecair dalam hidung aktif sangat,telinga pun berdengung-dengung,aku ni boleh ke sambung ijazah law,atau terpaksa melupakan hasrat aku yang setinggi gunung ni "

ini lah kenyataan jika kita tak membuat persediaan yang cukup,peperiksaan jangan di ambil mudah, kerana itu berkait dengan masa depan, ya..!hari-hari ummi bising dan terngiang-ngiang kat teling bila dialog tu berulang 

"kau ni aiman,sekarang ni,english tu penting,kau cita-cita tinggi,tu dah bagus,kat u tu kau lebih kan usaha untuk sambung ijazah,tapi yang bi ni, aku dah selalu pesan, banyakkan membaca, menulis, cakap dalam bi, ni tak, aku cakap bi kau cakap bm. sapa la yang nak amik periksa.dari kecik lagi aku belikan kau buku-buku bi,kau tak baca pun,kau tengok cerita bi tu tak cukup,membaca tu penting,surat khabar bi tu baca,internet ada,guna la..,,bla..bla.."

 cuba korang rakam,dan set masa,ni la hari-hari yang aku dengar kalau mak aku dah rimas bila aku tak sedar lagi yang bi tu sangat-sangat penting,kadang-kadang aku terfikir,jepun boleh maju dengan bahasa mereka ,why not us?we also have nation and we have our mother laguage that cannot easily blow up by wind..tapi aku cepat-cepat kembalike realiti,itu ilmu allah..ummi pun ada pesan,(pesan lagi)..!

"ilmu ni,kalau awal-awal lagi kau dah tolak susah dah kau nak terima"..

aku minat bahasa inggeris dari tadika sampai sekolah menengah,keputusan bahasa inggeris aku di tahap selesa,cuma aku ni masih katak di bawah tempurung,ada culture shock, bila aku keluar dari kepompong selesa,mencari dunia luar,baru aku sedar kini,bahasa inggeris ini,perlu lebih dari yang aku dah ada,cetek nya ilmu aku,..



No comments:

Post a Comment