Tuesday, November 30, 2010

bicara buat teman..

salam..teman..
aku tahu aku bukan lah antara ribuan teman lain yang mahu kau dampingi..
aku juga bukan lah seperti teman-teman kau yang hebat-hebat..
tetapi..kau adalah teman aku..
semenjak kali pertama aku menjejakkan kaki di bumi merbok..
ukhuwah itu tidak akan putus kerana kita juga umat muhammad =)
walau engkau pernah memarahi aku kerana kelalaian yang tidak disengajakan..
aku akui..memang aku menyimpan dendam..
tetapi bila difikir..ada hikmah nya kenapa perkara itu berlaku..

aku bukan lah manusia sempurna untuk menasihat kan engkau tentang itu dan ini..
aku cuma insan biasa yang meletakkan diri aku di tahap biasa..
aku tidak seperti engkau..
yang gah mengukir nama seawal-awal menjejakkan kaki ke sini...
_________________________________________________________________

sahabat...
dalam menyelami episod kehidupan..
janganlah engkau mudah terleka dengan janji duniawi..
mencari sahabat ketawa sekelip mata..
tetapi pastikah engkau sahabat ketawa itu akan menjadi sahabat dikala duka mu..
dalam kita menjalani titian ukhuwah..
adakalanya..
kita tidak sedar kita menyakiti hati teman kita...
perbuatan kita..
tutur kata kita..
dan kadangkala.
.diri kita..
dibaluti lapisan-lapisan ego dan sukar untuk kita menuturkan maaf..
ungkapan yang sukar diluahkan tetapi penuh keajaiban..

sahabat....
seberat mana beban hidupmu..
sekelam mana hari-harimu..
ingatlah..!
jangan pernah engkau berlari darinya...
jangan sesekali kau bersembunyi darinya..
kerana sejauh mana kau berlari dan bersembunyi..
ia akan tetap menemuimu...

sahabat...
andai engkau dilanda musibah...
tiada siapa disisimu 
ingat lah sahabat........
Dia sentiasa ada mendengar segalanya..
tadahlah tangan mu..
pohonlah pertolongan dari-Nya..
kerana dia maha mengetahui lagi maha memberi pertolongan..
andai engkau memerlukan seseorang untuk berkongsi beban itu..
aku sentiasa disini..
menghulurkan tangan hinaku..

sahabat..
hiasilah dirimu dengan akhlak mulia..
penuhilah harimu dengan amalan soleh..
jagalah tutur bicara mu..
murahkan dirimu dengan ungkapan maaf dan senyuman..
sahabat..
semua ini tidak akan menjatuhkan maruah mu..
tidak akan harga diri mu..
tetapi..percayalah sahabat..
semua ini bisa menjadikan engkau sahabat yang disenangi..
malah ukhuwah kita pasti akan diredhai-Nya
____________________________________________________________________--


aku bukan lah penyajak yang pandai berbicara..
aku bukannya penyair yang petah bermadah..
aku cuma insan biasa..
daif dan hina..tetapi aku tidak suka mengkhianati persahabatan..
dan aku bukan lah manusia yang suka memutuskan persahabatan..
fikir-fikirkan lah sahabatku..
apabila engkau selesa berada di atas..
engkau leka dan merasa dirimu segalanya..
ingatlah..
hidup ini ibarat roda..
adakala kita di atas..ada kala kita di bawah..
jadi janganlah kau selesa ketika berada di atas..
kerana tiada siapa tahu bila kau akan ke bawah semula...
jadilah engkau seperti matahari..
menerangi hidup sekalian makhluk..
tanpa jemu dan letih..
pasti ada manfaat yang menanti di-Sana..
insya-allah 
:)

No comments:

Post a Comment