Sunday, November 14, 2010

menulis..

aku riang menulis,
aku menjadi diri aku,
meluahkan apa yang terbuku di lubuk hati,
aku suka bermain kata,
menjadikan bahasa sebagai perantara,
aku menulis dari hati,
sedikit sebanyak mengubah diri,
menjadi lebih matang dari hari ini,
meluaskan minda sedalam marina,
menguatkan minda segagah si pahlawan,
namun..
aku menulis juga bukan kerna nama,
aku hanya mahu menjadi diri aku,
aku mahu empati tanpa diskriminasi,
dan kini.,
aku masih disini,
menjadi si pemikir ,
yang tidak empunya masa unutk menulis di sini,
meluah kan segala rasa,
moga aku dapat mengubah diri,
menjadi yang lebih baik dari semalam
untuk esok seriang kicauan burung di awanan..

No comments:

Post a Comment