Saturday, November 27, 2010

senator tunku abdul aziz

hari  ni aku tertarik hendak menulis tentang seorang ahli politik di negara kita.. pasti ramai anak muda yang berjiwa belakang.. terlepas pandang tentang kewujudan beliau dalam pentas politik di negara ini..aku pun mula-mula tak ingat siapa kah tunku abdul aziz.. bila aku cek images melalui google baru aku ingat.. owh..!jadi kawan -kawan yang lain.. siapakah?bilakah?dimana kah? kepada yang tahu dan kenal korang memang tip top la..sebab beliau tidak terlalu menonjol sangat walaupun beliau antara orang penting negara


senator tunku abdul aziz adalah seorang ahli politik, ahli blog, aktivis, korporat Malaysia,.. beliau juga merupakan naib pengerusi Parti Tindakan Demokratik a.k.a DAP.. beliau ni keturunan kerabat di raja kedah dan ada sangkut paut dengan bapa kemerdekaan kita .iaitu Tunku Abdul Rahman.. beliau juga  merupakan salah seorang ahli dewan negara Malaysia. jadi penglibatan beliau dalam undang-undang malaysia dan politik dah lama cuma ada segelintir kita yang terlepas pandang,termasuk lah saya.. dan saya menulis ni supaya saya tidak lupa tentang pemimpin -pemimpin yang kita sering terlepas pandang.. 


beliau seorang tokoh kerporat yang berpengaruh di dalam dan luar negara.
memulakan kerjaya perniagaannya dengan Guthrie Corporation Ltd 
 kemudian dilantik sebagai penasihat Bank Negara Malaysia
dan beralih semula kepada sektor persendirian dengan menyertai Dunlop Malaysia Industries sebelum dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Sime Darby Group.
jadi beliau ni adalah economist negara juga.


Pada bulan Oktober 2008, beliau dilantik oleh parti DAP sebagai naib pengerusi parti itu di dalam kongres parti DAP ke-15 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau merupakan pemimpin berprofil tinggi dalam aktivisme menyokong integriti dan ketelusan bersama badan antarabangsa Transparency International.


beliau juga banyak melahirkan pandangan beliau mengenai  dunia politik di negara ini, antaranya pandangan beliau supaya



  • badan Pencegah Rasuah (BPR) mestilah bebas , diberi kuasa menemui sesiapa saja yang disyaki terlibat dengan rasuah atau jelas hidup di luar kemampuannya. BPR mestilah mencontohi model agensi pencegah rasuah di Hong Kong. Ini akan menyebabkan orang benar-benar takut untuk melakukan rasuah.



  •  isu rasuah dan integriti di dalam negeri dan peringkat antarabangsa dan menerbitkan bukunya "Fighting Corruption: My Mission". Banyak negara tumbang atau musnah oleh rasuah. Rasuah akan memusnahkan kita, malahan rasuah telah memusnahkan banyak kerajaan. Tumbangnya kerajaan-kerajaan lampau adalah akibat rasuah. Contohi Lee Kuan Yew di Singapura yang berjaya memerangi rasuah. Sebelum Lee, Singapura ditadbir secara korup.
ok la serba sedikit peingatan dan pengetahuan kepada kita..
saya berterima kasih kepada sahabat saya cikgu wan heidi shahrul..
beliau menyebut tentang tunku abdul aziz dalam perbualan kami..
dan aku tertarik untuk mengetahui lebih lanjut..
jadi apa yang baik itu dari allah.. segala kekurang dari diri saya..maafkan jika ada salah silap dalam artikel ni...

  saya minat politik dan saya sayang negara saya..
   saya generasi muda yang akan mengubah dunia 1 hari nanti..
  insya-Allah..

No comments:

Post a Comment